Kejohanan Renang Jemputan Kedah 2026 telah berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 380 penyertaan daripada pelbagai kategori yang menghimpunkan atlet-atlet renang berbakat dari seluruh negeri dan luar Kedah.
Program ini turut mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran hampir 1,000 orang melibatkan ibu bapa, pegawai teknikal, jurulatih serta para penonton yang hadir memberikan sokongan kepada para atlet sepanjang kejohanan berlangsung.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa komited menyokong pelaksanaan program pembangunan sukan berimpak tinggi melalui pemberian Geran Padanan Sukan (GPS) bernilai RM30,000.00 yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Haji Sarbin.
Penganjuran kejohanan seperti ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan renang, malah mampu memperkukuhkan pembangunan atlet secara menyeluruh merangkumi aspek disiplin, daya saing, semangat kesukanan serta pembentukan jati diri generasi muda.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah akan terus komited memperkasa pembangunan sukan akar umbi demi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat lebih tinggi.
#JBSNK #KBSMalaysia #TeamKBS #TeamJBSN #KedahSejahtera #SukanUntukSemua
#GPS2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
belia.my
