KLAS RENANG FASA 1 DAERAH KUBANG PASU MENUTUP TIRAI

Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 bagi Sesi 5 & 6 Daerah Kubang Pasu telah melabuhkan tirainya dengan jayanya bertempat di Kolam Renang C Hotel Jitra.
Seramai 40 orang peserta telah berjaya menamatkan latihan sepanjang program berlangsung. Program ini bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran renang serta memupuk minat belia terhadap gaya hidup aktif dan sihat melalui penyertaan dalam sukan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Hanaffi A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut menyampaikan Sijil Penyertaan kepada peserta serta Sijil Penghargaan kepada guru pengiring.
Turut hadir bersama ialah En. Mohamad Hanif Bin Norhan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu.
Semoga program seperti ini terus memberi manfaat kepada belia muda dalam membentuk keyakinan diri, disiplin serta menggalakkan penglibatan aktif dalam bidang sukan.
#JBSK
#KLASRenang
#SukanUntukSemua
#MalaysiaMADANI
#TeamJBSN
#TeamKBS
Taufiq Johari
Mordi Bimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 17:19:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search