14 Mei, Alor Setar- Satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan bersama Pengerusi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah, Dato' Haji Zepri bin Saad, bagi membentangkan hasil penilaian serta maklum balas berkaitan pelaksanaan program yang telah dijalankan.
Sesi perjumpaan ini dihadiri oleh Puan Azura binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Dr. Kamal bin Ab Hamid, Ketua Panel bagi kategori individu, En Muhamad Nasir bin Ismail, Ketua Panel bagi kategori pertubuhan belia, dan Puan Natrah binti Esa, Timbalan Pengarah Belia.
Penyampaian anugerah bagi setiap kategori akan dilaksanakan pada Majlis Perasmian Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah pada 22 Mei di Dataran Starwalk.
Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik sepanjang penilaian berlangsung. Semoga usaha ini terus menyuntik semangat belia untuk lebih aktif dan cemerlang pada masa akan datang.
@taufiqjohari
𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀
#APBNKedah
#TeamJBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
