KEJOHANAN WUSHU REMAJA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

Alor Setar, 15 Mei 2026 - Negeri Kedah telah menjadi saksi berlangsungnya Kejohanan Wushu Remaja Peringkat Negeri Kedah 2026 yang menghimpunkan penyertaan daripada 21 buah sekolah dengan lebih 103 penyertaan melibatkan atlet-atlet remaja berbakat dari seluruh negeri di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Dalam ucapan beliau, beliau menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur khususnya Persatuan Wushu Negeri Kedah atas peranan aktif NGO dalam membangunkan sukan wushu di negeri ini.
Beliau turut memuji kerjasama erat antara agensi persekutuan dan negeri yang berjaya memastikan penganjuran kejohanan berjalan lancar dan penuh semangat perpaduan. Kejohanan ini juga dilihat unik apabila berjaya menggabungkan elemen kebudayaan dan elemen sukan dalam satu platform pembangunan belia yang positif.
Selain menjadi medium pembangunan bakat sukan, program ini turut menyokong pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di peringkat negeri serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda.
Turut diberi penghargaan adalah sokongan padu daripada ibu bapa yang sentiasa memberi galakan kepada anak-anak untuk terus aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan para pemenang. Teruskan kecemerlangan anda dan semoga sukan wushu terus berkembang maju di Negeri Kedah Darul Aman.   

#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#wushukedah
#TaufiqJohari
MordiBimol

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 17:19:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search