Alor Setar, 3 Mei 2026 (Ahad) – Sekitar jam 5.00 petang, berlangsung acara Penyampaian Hadiah Pertandingan BMX Flatland yang menjadi antara pengisian menarik dalam program anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah bertempat di Taman Jubli Emas, Alor Setar.
Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, dengan penuh meriah disaksikan oleh para peserta, penyokong serta tetamu jemputan yang hadir.
Acara ini bukan sahaja mengetengahkan bakat sukan ekstrem dalam kalangan belia, malah turut menyemarakkan lagi semangat kesukanan dan gaya hidup aktif dalam komuniti.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) turut diwakili oleh En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK, yang hadir sebagai wakil rasmi jabatan dalam memeriahkan majlis tersebut.
Penganjuran acara seperti ini dilihat mampu menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat baharu serta memperkasakan pembangunan sukan alternatif di peringkat negeri, selari dengan usaha melahirkan belia yang aktif, sihat dan berdaya saing.
#JBSNK
#YSB
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TaufiqJohari
#MordiBimol
