SUNGAI PETANI, 1 Januari 2026 - Sesi Taklimat & Lawatan Tapak Penganjuran ‘Padang Mahligai Kampung Run 2025’ di Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Sidam Kiri, Sungai Petani. Taklimat berkaitan program telah disampaikan oleh Tn Haji Mohd Kamaruzaman Bin Khalidin, Pegawai Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir YBhg Dato’ Hj Zepri Bin Saad, Pengarah ICU Negeri JPM Kedah, YB ADUN Sidam, dan Penghulu Mukim Sidam Kiri.
YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan yang baharu, telah mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah selepas pelantikan beliau pada 17 Disember 2025. Dalam amanat ringkas, beliau menekankan konsep Inklusiviti dan Pemerkasaan Akar Umbi dalam pelaksanaan program belia, kebajikan serta pembangunan kerjaya pegawai belia dan sukan, di samping memastikan kemudahan sukan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat termasuk warga emas dan OKU. Taklimat pengoperasian jabatan telah disampaikan oleh Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendren a/l Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS; Encik Muazamil bin Jili, Pengarah Bahagian Pembangunan Potensi Rakan Muda; serta pegawai-pegawai jemputan yang lain. Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan turut hadir bersama didalam majlis tersebut.
YAN, KEDAH. 23 Disember 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Kesejahteraan Rakyat Daerah (FGD) Yan Bilangan 6 Tahun 2025 telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Yan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Maznim binti Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Yan merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan kesejahteraan rakyat di peringkat daerah. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan telah diwakili oleh Puan Idayu binti Kapi bagi menghadiri mesyuarat tersebut serta mengambil maklum perbincangan dan keputusan yang telah dibincangkan.
YAN, KEDAH. 23 Disember 2025 – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPD) Daerah Yan Bilangan 12 Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan, Puan Hajah Maznim Binti Ismail, AMK., BCK., bagi membincangkan agenda-agenda pembangunan daerah serta penyelarasan tindakan antara jabatan dan agensi berkaitan.
Turut hadir Puan Idayu binti Kapi sebagai wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, bagi menghadiri mesyuarat berkenaan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSN Kedah) telah berjaya menganjurkan Retreat JBSN Kedah 2025 yang berlangsung selama dua hari di Jitra dengan penyertaan penuh semua kakitangan dari seluruh negeri Kedah.
Penganjuran retreat ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerja, memantapkan semangat berpasukan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga JBSN Kedah. Pelbagai pengisian bermanfaat telah dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman, kerjasama dan keupayaan tadbir urus di peringkat daerah dan negeri.
Program ini turut diserikan dengan malam persembahan bertemakan “Orang Kampung”, yang berjaya menarik perhatian para peserta melalui pemakaian tradisional yang menggamit nostalgia suasana desa era 1970-an, sekali gus menyemarakkan kenangan dan nilai kebersamaan yang semakin jarang dinikmati.
Secara keseluruhannya, penganjuran retreat ini telah memberikan impak positif dengan meningkatkan kecekapan kakitangan dalam menangani isu dan cabaran organisasi secara lebih berkesan, di samping memperkukuh kesepaduan serta komitmen berterusan dalam menyokong aspirasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Daerah Yan Kali Ke-32 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Mahkota 1, The Jerai Hotel, Bandar Sungai Petani, Kedah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hajah Norma binti Haji Awang, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran MARA.
Turut hadir Puan Hajah Asnatul Adha binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan; Encik Jamadi bin Jamaludin, Pegawai Unit Belia PBSD Yan; Encik Mohd Azlan bin Md Desa, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah; Encik Mohd Hafiz bin Haji Abu Hassan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan; serta Tuan Haji Annuar bin Ibrahim, Penasihat Majlis Belia Daerah Yan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Ahmad Uzair bin Rahmad atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan yang baharu bagi penggal 2025–2027.
Diharapkan kepimpinan yang diterajui akan terus memperkukuh peranan dan sumbangan belia ke arah pembangunan belia yang mampan di Daerah Yan.
Program Raudhatul Ilmi Peringkat Daerah Yan Tahun 2025 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Yan telah berjaya dilaksanakan pada 18 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Agama Daerah Yan.
Program ini menampilkan ceramah bertajuk “Khusyuk Di Dalam Solat” yang telah disampaikan oleh Tuan Syeikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi, Pegawai Agama Daerah Yan. Pengisian ceramah yang sarat dengan ilmu ini memberi penekanan kepada kepentingan penghayatan dan keikhlasan dalam mendirikan solat sebagai tunjang pembentukan sahsiah diri.
Turut hadir Puan Hajah Asnatul Adha bt Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuhkan kefahaman dan pengamalan agama dalam kalangan masyarakat.