PROGRAM KHATAM AL-QURAN RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA 1447H/2026M BERLANGSUNG MERIAH

SUNGAI PETANI, 8 Mac 2026 – Program Khatam Al-Quran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Kuala Muda 1447H/2026M telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di Masjid Al-Ikhlas Pulau Sepom, Tikam Batu, Sungai Petani.

Program ini menghimpunkan seramai 160 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan ahli surau sekolah sekitar daerah Kuala Muda. Antara surau yang terlibat ialah Surau SMK Bandar Puteri Jaya, Surau SMK Taman Ria, Surau SMK Taman Ria Jaya, Surau SMK Pinang Tunggal serta Surau SMK Sungai Pasir Kechil. Program ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda, Majlis Belia Daerah Kuala Muda, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Muda serta Kelab Rakan Muda Sungai Petani.

Program khatam Al-Quran ini dianjurkan bagi menyemarakkan penghayatan Ramadan di samping menggalakkan golongan belia mendekati Al-Quran serta mengimarahkan institusi masjid melalui penglibatan komuniti sekolah.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Majlis Iftar Ramadan Madani (IRAMA) yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Puan Azura binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.

Penganjuran program ini dilihat mampu memperkukuhkan hubungan antara belia, institusi pendidikan serta komuniti setempat di samping memupuk nilai kerohanian dalam kalangan generasi muda sepanjang bulan Ramadan.

 

Disediakan oleh : RIDZUAN BIN HJ ALI (PBSD KUALA MUDA )

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search