- JBS Kedah
- Hits: 19
MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH PADANG TERAP BIL. 03 TAHUN 2026.
- JBS Kedah
- Hits: 19
PADANG TERAP KEDAH, 17 MAC 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Padang Terap Bil. 03 Tahun 2026 telahpun diadakan pada 15 Mac 2026 (Ahad) yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaras tindakan kerja serta pelaporan kemajuan bagi semua agensi berkaitan dengan Sektor Infrastruktur, Sektor Pembangunan Ekonomi dan Sektor Pembangunan Masyarakat dalam Daerah Padang Terap.
Peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap adalah dalam Sektor Pembangunan Masyarakat.
En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap ke mesyuarat tersebut membentangkan pelaksanaan program/aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Mac 2026 dan perancangan pelaksanaan program/aktiviti untuk bulan April 2026.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Azwan Azri bi Akashah John, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
