Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Puan Aubbry Cynddy Grace K.Diaz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim baharu yang telah mula bertugas pada hari ini,17 Ogos 2025.
Semoga kehadiran beliau dapat menyuntik semangat baharu kepada pengurusan dan pentadbiran pejabat di masa akan datang.
KULIM, 28 Ogos 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim telah hadir ke Pejabat Daerah Kulim pada 06 Ogos 2025 yang lalu untuk lawatan kunjungan hormat Tuan Pegawai Daerah Kulim, Tuan Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi. Kunjung hormat ini bagi membincangkan hala tuju dan usaha untuk meningkatkan minat anak belia dalam berpersatuan dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam sukan.
KULIM, 28 Ogos 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kulim bagi Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 10 Ogos 2025 yang lalu bertempat di Pejabat Daerah Kulim. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Ybrs. Tuan Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Kulim merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah Kulim.
Antara objektif Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) ini diadakan adalah membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat serta memperkukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak Kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
Hampir seramai 50 orang Ahli Majlis yang terdiri daripada Exco Majlis Belia Daerah (MBD) dan Badan Gabungan MBD serta Agensi Kerajaan yang di lantik telah sama – sama hadir ke persidangan ini.
Turut hadir bersama En Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim, En Mohd Azlan bin Mat Desa, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kulim dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim.
Alor Setar, 2 September 2025 - Telah Berlangsung Bengkel Pelan Strategik 2026 - 2030 JBSNK pada 24 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di Dewan Raflisia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir bersama Encik Zailan bin Daud, Pegawaai Belia dan Sukan Daerah Sik.
Alor Setar, 2 September 2025 - Telah Berlangsung Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah pada 19 Ogos 2025 (Selasa) bertempat di Aras 6, Blok E, Wisma Darul Aman. Turut hadir bersama Encik Muhammad Alia Hanis Bin Rosmadi, Pegawai Unit Sukan.
Sik, 12 Ogos 2025 - Telah Berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Kayuhan Basikal Tour Geo D'Kedah Daerah Sik Tahun 2025 pada 10 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Sik. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Faisal Rizal bin Mohammad, Pegawai Daerah Sik . Turut hadir bersama Cik Noor Adila binti Zulkifli, Pegawai Unit Rakan Muda.
Sik, 14 Ogos 2025 - Telah Berlangsung Program Rakan Mahir Skill For Life @Parlimen (Kursus Penghasilan Pasta) Peringkat Daerah Sik 2025 pada 9 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Kolej Komuniti Sik . Penyertaan seramai 20 orang peserta daripada Sekolah Maktab mahmud Sik. Program ini Memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Tenaga pengajar ialah Encik NorHishamudin bin Md Zin daripada Kolej Komuniti Sik Turut hadir bersama Cik Noor Adila binti Zulkifli, Pegawai Unit Rakan Muda.
BANDAR BAHARU – 23 Ogos 2025 – Telah berlangsungnya Siri 12 Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Bandar Baharu 2025 pada 23 Ogos 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin pada jam 8.00 pagi.
Seramai 50 orang pelajar sekolah tersebut yang telah menyertai program ini iaitu acara senamrobik yang dipimpin oleh Zin Nasz dan ahli kumpulan beliau.
Disediakan oleh : Nur Adila binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 13 Ogos 2025 - Telah berlangsung program 1000 Liga Peringkat Daerah Bandar Baharu Siri 5 iaitu acara sukan olahraga pada 13 Ogos 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Baru. Program tersebut telah disertai seramai 50 orang pelajar sekolah.
Pelaksanaan program adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan yang dipilih khususnya. Ia juga untuk memupuk minat dan menarik peyertaan lebih ramai dari pelbagai peringkat umur di peringkat akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).
Disediakan oleh : Nur Adila binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)