- JBS Kedah
- Hits: 25
PESERTA PADANG TERAP HADIR KE PERTANDINGAN HAFAZAN DAN AZAN RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026M/1447H PERINGKAT NEGERI KEDAH.
- JBS Kedah
- Hits: 25
ALOR SETAR KEDAH, 19 MAC 2026 – Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026M/1447H Peringkat Negeri Kedah telahpun berlangsung dengan jayanya pada 09 Mac 2026/19 Ramadan 1447H yang lalu bertempat di Masjid Al-Ariffin, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Pertandingan Hafazan Al-Quran dan Azan diadakan bersempena dengan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026M/1447H Peringkat Negeri Kedah.
Peserta dari Daerah Padang Terap telah mengambil bahagian seramai 5 orang iaitu 3 peserta pertandingan Hafazan dan 2 orang pertandingan Azan.
Peserta Daerah Padang Terap telah mendapat tempat Ke-3 dalam pertandingan Azan tersebut.
Mereka ini adalah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada para peserta yang telah mengambil bahagian dalam mengimarahkan program ini.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
