- JBS Kedah
- Hits: 11
TADARUS AL-QURAN, RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026M/1447H PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP.
- JBS Kedah
- Hits: 11
PADANG TERAP KEDAH, 12 MAC 2026 - Bertempat di Surau Al-Hadhari, Lubok Merbau telah diadakan Aktiviti Tadarus Al-Quran yang melibatkan seramai 30 orang peserta terdiri daripada kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau.
Program ini merupakan Siri ke-5 Program Tadarus Al-Quran, Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Padang Terap bagi tahun 2026.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pentadbiran SMK Lubok Merbau atas kolaborasi bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dalam menjayakan aktiviti ini.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada para peserta yang telah mengambil bahagian dalam mengimarahkan program ini.
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
