27 NOVEMBER 2025 – Telah berlangsungnya Program Jalan Santai @ Brisk Walk Puspanita Kuala Muda bertempat di perkarangan tempat letak kereta SP Plaza dan Taman Jubli Sungai Petani. Antara pengisian aktiviti untuk program tersebut adalah senamrobik dan jalan santai @ brisk walk ke Taman Jubli.
seramai 40 orang peserta menyertai program tersebut yang terdiri daripada pelbagai Jabatan. Program tersebut merupakan anjuran dibawah Biro Sukan dan Rekreasi yang di ketuai oleh Puan Siti Fairus Binti Md Isa daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
SUNGAI PETANI, 23 NOVEMBER 2025: Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Tahun 2025 telah dilakukan pada 20 November 2025 yang lalu bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
Pemeriksaan ini bertujuan memastikan aset-aset alih kerajaan berada dalam keadaan baik, berfungsi dan direkodkan dengan betul mengikut prosedur yang ditetapkan.
Pemeriksaan aset ini telah dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa Aset JBSN Kedah yang telah dilantik iaitu Encik Mohd Abdul Karim Khan bin Mansor Ahmad Khan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan dan Encik Mohamad Azhar Bin Ismail Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena.
Turut bersama semasa pemeriksaan tersebut, Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda serta dibantu oleh Puan Siti Fairus binti Md Isa Pembantu Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
Alor Setar, 25 November 2025 - Kejohanan Tenpin Bowling Antara Kelab Belia dan Sukan Daerah Kota Setar telah berlangsung meriah di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar dengan penyertaan seramai 60 orang daripada pelbagai kelab belia dan sukan dari sekitar daerah Kota Setar. Program tersebut dianjurkan oleh Kelab Belia Masjid Telok Kandis (KBMTK) dan Kelab Mendaki Telok Kandis (KMTK) yang telah menerima Dana Sukan Komuniti (DSK)
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan boling, malah turut berperanan sebagai medium pengukuhan ukhwah dan kerjasama antara kelab belia dan kelab sukan serta komuniti setempat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Kota Setar. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan penglibatan belia dalam aktiviti riadah dan kesukanan sebagai salah satu usaha membentuk sahsiah positif dan gaya hidup sihat.
“Saya amat berbangga dengan komitmen kelab-kelab belia dan sukan di kawasan ini yang sentiasa aktif menganjurkan pelbagai program bermanfaat. Kejohanan seperti ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan, tetapi turut mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang,” katanya.
Pertandingan menyaksikan aksi sengit antara pasukan apabila para peserta menunjukkan kemahiran dan semangat berpasukan yang tinggi. Keputusan rasmi menyaksikan Kelab Mendaki Telok Kandis 3 meraih tempat ketiga, diikuti oleh Kelab Berkayak Titi Gajah di tempat kedua. Gelaran juara kejohanan pula disandang oleh Kelab Belia Inspirasi Kota Setar yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang acara berlangsung.
Pihak penganjur berharap kejohanan ini dapat dijadikan acara tahunan dan terus menyokong penglibatan aktif daripada kelab belia dan kelab sukan dalam aktiviti sukan serta pembangunan sosial di Kota Setar.
Kota Setar 26 November 2025 — Usaha menubuhkan Kelab Rakan Muda Kota Sarang Semut semakin hampir direalisasikan selepas satu sesi perbincangan rasmi diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar. Perbincangan tersebut melibatkan wakil belia dari Kota Sarang Semut bersama Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar, yang turut memberikan pandangan, khidmat nasihat serta hala tuju bagi memastikan kelab rakan muda yang bakal ditubuhkan dapat berfungsi secara efektif dan berstruktur.
Dalam sesi perbincangan, beberapa perkara utama disentuh, termasuk prosedur penubuhan kelab, penyediaan struktur organisasi, perlembagaan, perancangan aktiviti jangka pendek dan jangka panjang, serta strategi bagi menarik lebih ramai rakan muda untuk terlibat secara aktif.
Puan Nazifah turut menekankan kepentingan penubuhan Kelab Rakan Muda sebagai platform pembangunan sahsiah, bakat dan kepimpinan belia di kawasan Kota Sarang Semut.
“Penubuhan kelab seperti ini sangat penting untuk memastikan belia mempunyai ruang tersusun bagi menyertai program pembangunan diri. Saya berharap kelab ini bukan sahaja menjadi pusat aktiviti, tetapi juga wadah penyatuan rakan muda setempat,” katanya.
Beliau juga mengingatkan agar kepimpinan kelab sentiasa menjaga integriti, bersikap proaktif, dan memastikan setiap program yang dirancang memberi manfaat kepada masyarakat.
Selain itu, PBSD Kota Setar turut menawarkan bimbingan berterusan, termasuk sokongan dari segi pendaftaran rasmi, penyelarasan aktiviti dan peluang penyertaan program Rakan Muda di peringkat daerah serta negeri.
Sesi perbincangan berakhir dengan persetujuan untuk melengkapkan proses pendaftaran kelab dalam masa terdekat dan merangka aktiviti awal sebagai pemanas bagi penglibatan belia tempatan.
Penubuhan Kelab Rakan Muda Kota Sarang Semut dijangka membuka ruang baharu dalam memperkasa generasi muda dan mengukuhkan jaringan belia di kawasan tersebut.
PADANG TERAP KEDAH, 20 NOVEMBER 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dijemput bersama dalam Majlis Aspresiasi Kecemerlangan Ko-Kurikulum 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan Naka pada 19 November 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Anggerik, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Kedah Darul Aman disini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap antara agensi kerajaan penerima Anugerah Penglibatan Agensi Kerajaan pada majlis tersebut diatas pencapaian, komitmen dan kerjasama yang diberikan selama ini dalam menjayakan pelbagai aktiviti/program secara kerjasama dengan penglibatan bersama pihak sekolah tersebut.
Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Muhammad Azmeer bin Basir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap (Pembangunan Bakat Murid).
Hadir bersama, Tn. Hj. Roshidi bin Derani, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Naka.
Turut hadir bersama menerima anugerah En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs #jbsnbersama #JBSNKedah #MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
BANDAR BAHARU, 19 November 2025 - Seramai dua orang kakitangan PBSD Bandar Baharu telah menghadiri Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu Kedah 2035 (Penggantian) hari ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.
Program ini merupakan program di mana pihak majlis mempamerkan draf plan pembangunan daerah hingga tahun 2035 kepada orang ramai bagi memberi peluang kepada penduduk menilai plan tersebut, memahami cadangan pembangunan dan mengemukakan pandangan.
Hadir bersama di dalam majlis tersebut, Tuan Mohd Noor Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Saidin Lateh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perancangan Bandar & Desa PLAN Malaysia, Tuan Mohd Munizam Abdul Aziz, Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Negeri Kedah, Hajah Haslina Chan@Hassan, Pengarah Projek PLANMalaysia, kenamaan-kenamaan lain serta ketua-ketua jabatan/wakil jabatan dari Daerah Bandar Baharu.
Puan Nik Noorazlin Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan Puan Nur Adila Mohamad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu mewakili PBSDBB ke majlis tersebut.
Disediakan oleh : Fariza binti Ghazalli (PBSD Bandar Baharu) fariza.ghazali@kbs gov.m
BANDAR BAHARU, 19 November 2025 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Bandar Baharu (AADK) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Bandar Baharu Bilangan 1/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat AADK Daerah Bandar Baharu hari ini.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Fazil Amir Hamzah selaku pengerusi JKPD Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat bertujuan membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh JKPD Bandar Baharu pada tahun 2026 dan menilai kemajuan pelaksanaan program yang telah dilaksanakan pada tahun 2025.
Di dalam mesyuarat tersebut, turut dilaksanakan Majlis Penyerahan Sijil Lantikan Jawatankuasa JKPD Bandar Baharu bagi tahun 2025-2027 yang disempurnakan oleh Tuan Almudin Abd Razam, Ketua Pegawai AADK Daerah Bandar Baharu.
Tahniah diucapkan kepada Puan Fariza Ghazalli, Pembantu Belia dan Sukan yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa JKPD Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Fariza binti Ghazalli (PBSD Bandar Baharu) fariza.ghazali@kbs gov.my
LANGKAWI, 20 November 2025 - Satu Mesyuarat penyelarasan bagi Acara Cabaran Mengail Terbuka Langkawi 2025 telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Langkawi pada 06 November 2025 yang lalu.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ybrs. Tuan Pegawai Daerah Langkawi dan dihadiri oleh wakil-wakil jabatan serta agensi yang terlibat dalam penganjuran program berkenaan.
Penganjuran program ini dijangka menarik penyertaan ramai sekali pemancing dari seluruh negara , sekali gus memperkukuhkan usaha mempromosikan Langkawi senagai destinasi pelancongan sukan air.
Mewakili PBSD Langkawi En Mohd Afifi Affifi Bin Hashim, Pembantu Belia dan Sukan.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
LANGKAWI, 20 November 2025 - Satu mesyuarat Jawtankuas Penyerlarasan Langkawi UNESCO global Geopark LUGGp Bil 1/2025 telah di adakan pada 18 November 2025 .
Mesyuarat telah dipengerusikan oelah Ybgh. Datuk Seri Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) , bertempat di Bili Mesyuarat Utama LADA.
Mesyuarat telah dihadiri oleh agensi jemputan yang terlibat dalam penyelarasan program dan aktiviti Geopark Langkawi.
Turut hadir Encik Mohd Ferdaus Bin Osman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)