BANDAR BAHARU – 2 Mac 2026 – Sesi pertama pemilihan pemain bagi pasukan bola sepak bawah 18 tahun Prime Football Club telah berlangsung hari ini bertempat di Padang Awam Serdang.
Pemilihan dikendalikan sendiri oleh Nagendran Talamanickam, Presiden Prime Football Club yang juga merupakan ketua jurulatih pasukan. Pemilihan bertujuan membentuk satu pasukan bola sepak bagi mewakili kelab untuk mengharungi pertandingan yang bakal dianjurkan oleh Malaysia Indian Football Academy (MIFA) yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei dan bulan Jun 2026 nanti.
Pada sesi kali ini, pemain dinilai berdasarkan kemahiran teknikal, kecergasan, disiplin, dan daya tahan mental oleh panel-panel jurulatih yang dipilih.
Turut hadir menyaksikan pemilihan pemain tersebut, Puan Nik Noorazlin Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh :
Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
fariza.ghazali@kbs gov.my
#TeamKBS#JBSNBersama#JBSNKedah#MalaysiaMadani#yakinboleh
