BANDAR BAHARU, 19 OKTOBER 2024 - Program Rakan Mahir : Skill For Life Peringkat Daerah Bandar Baharu telahpun diadakan dengan jayanya hari ini bertempat di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Serdang.
Memilih kursus AI - Artifial Intelligence (Kecerdasan Buatan) – Char GPT dan Image Creator, program ini bertujuan memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaat dalam kehidupan seharian serta membantu meningkatkan pendapatan belia melalui peningkatan peluang pekerjaan mahupun terlibat dalam keusahawanan.
Seramai 28 orang belia terlibat di dalam program ini yang dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu (PBSD), JPKKP Kampung Jalan Padang dan NADI Serdang.
Majlis Penutup Program Rakan Mahir : Skill For Life telah disempurnakan oleh Shamsul Qamar Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Mohd Zaki Mohd Nasir, Pengerusi JPKKP Kampung Jalan Padang dan Fariza Ghazalli, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Bandar Baharu manakala NADI Serdang diwakili oleh pengurusnya Norhafizah Mohd Jani yang juga merupakan tenaga pengajar kursus ini.
Disediakan oleh :Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 81