Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ingin merakamkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja sama ada di sektor awam, swasta dan mahupun yang bekerja sendiri.
Teruskan berbakti demi memacu kemajuan negara kita dengan penuh integriti dan profesionalisme.
3 Jun 2025, Jitra- Penglibatan warga emas dalam aktiviti sukan bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan fizikal yang lebih baik, malah turut meningkatkan kesejahteraan mental dan sosial. Satu kejohanan Master Sport Golf Challenge Peringkat Negeri Kedah 2025 telah dilaksanakan di Darulaman Golf and Country Club dengan penyertaan dianggarkan seramai 80 peserta yang terlibat. Penyertaan yang mendapat sambutan dari golongan warga emas 70 tahun kebawah di pelusuk negeri Kedah Majlis Penutup dilaksanakan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Kota Setar, 2 Jun 2025 - Satu Kejohanan E-Sports Challenge 2.0 telah menutup tirai dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din di Dewan Seri Mentaloon dekat sini. Sebanyak lima acara dipertandingkan sepanjang hari tersebut dan disertai oleh belia-belia dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Antaranya pertandingan yang berlangsung adalah Mobile Lagends, Tekken, Pubg, EAFC25 dan EFootball. Matlamat Kerajaan Negeri adalah menjadikan program sebegini sebagai platform aktiviti sihat dalam kalangan belia selain mengimbangi konsep pemikiran antara hiburan dan kerjaya dalam bidang E-Sukan. Selain itu program ini juga sebagai salah satu program bagi meraikan Tahun Melawat Kedah 2025. Turut hadir memberi sokongan, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman. Tahniah kepada semua pemenang dan yang terlibat sepanjang acara berlangsung.
Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah telah membuka tirai pada 31 Mei 2025 yang berlangsung di semua daerah negeri kedah secara serentak. Signifikan program yang dijalankan serentak adalah untuk memberi peluang sama rata kepada semua pasukan untuk bertanding diperingkat daerah masing-masing. 3 sukan yang dipertandingkan tahun ini adalah Pingpong berpasukan, Sepak Takraw Lelaki dan Bola Jaring. 2 pemenang setiap daerah akan layak untuk bertanding di peringkat negeri yang akan dilaksanakan pada 28 Jun 2025 di Alor Setar. Selamat berjaya dan tahniah kepada semua pasukan dan semoga program-program sebegini mendapat tempat di hati rakyat dalam memupuk gaya hidup aktif dan sihat selaras dengan visi Kementerian Belia dan Sukan.
Alor Setar, 31 Mei 2025 - Satu sambutan meriah telah di adakan sempena Majlis Penyampaian Baton HSN telah diadakan di Dataran Menara Alor Setar dekat sini. Majlis disempurnakan oleh Jawatankuasa tertinggi Majlis Belia Negeri Kedah dan baton ditetima daripada Konvoi berkereta kontinjen negeri Perlis bersama kepimpinan tertinggi MBN negeri Perlis. Baton tersebut akan di bawa ke Sg Petani sebelum meneruskan perjalanan ke negeri Pulau Pinang esok Program ini adalah program ‘Build Up’ sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 13 hingga 15 Jun 2025. Hadir memberi sokongan adalah Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Diharap tema Yakin Boleh! sempena HBN 2025 ini dapat dijadikan semangat dan inspirasi kepada anak muda mendepani cabaran masa hadapan.
ALOR SETAR, 29 Mei 2025 - telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Bil. 4 Tahun 2025 di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya yang disempurnakan oleh YBrs. Pn. Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Dalam amanatnya, beliau menghargai peranan yang dimainkan seluruh warga JBSN yang bertungkus-lumus memastikan pelaksanaan dan visibiliti program jabatan di tahap terbaik Di terperingkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, perhimpunan diikuti secara atas talian, turut hadir En Mohammad Suhaimi Bin MD Saad, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, En Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, pegawai dan kakitangan ibu pejabat serta seluruh pegawai dan warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah-Daerah di Negeri Kedah. Demi pembangunan belia dan sukan, JBSN komited!
ALOR SETAR, 28 Mei 2025 - telah berlangsung Slot Pemakanan @ Biggest Loser Kedah anjuran Jab Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Unit Pemakanan Jab Kesihatan Negeri. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noor Hasnani Binti Ismail, Penolong Pengarah Pemakanan, Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
Alor Setar, 27 Mei 2025- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 2/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan strategi pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda di peringkat negeri, penambahbaikan pengurusan operasi serta penyelarasan program-program jabatan untuk separuh tahun kedua 2025. Komitmen untuk memperkasakan peranan belia serta memperkukuh ekosistem sukan terus menjadi fokus utama melalui pendekatan menyeluruh dan kolaboratif. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Belia, dan dihadiri oleh barisan pengurusan jabatan.