BANDAR BAHARU – 13 Ogos 2025 - Telah berlangsung program 1000 Liga Peringkat Daerah Bandar Baharu Siri 5 iaitu acara sukan olahraga pada 13 Ogos 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Baru. Program tersebut telah disertai seramai 50 orang pelajar sekolah.
Pelaksanaan program adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan yang dipilih khususnya. Ia juga untuk memupuk minat dan menarik peyertaan lebih ramai dari pelbagai peringkat umur di peringkat akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).
Disediakan oleh : Nur Adila binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 14 Ogos 2025 - Telah berlangsung Program Penghijauan Kelestarian “Satu Pokok Seribu Manfaat” Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2025 bertempat di Taman Tasik Serdang, Kedah.
Program anjuran Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta PEMADAM ini merupakan kesinambungan daripada Pelancaran Projek Tanam 2 Juta pokok di seluruh Negeri Kedah dari tahun 2025 hingga 2030 dalam usaha bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar terutama di daerah Bandar Baharu.
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pengerusi PEMADAM Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir bersama Ts. DR. Suffian Haji Yusuff, ADUN Bandar Baharu, Supt. Syamsul Sinring, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Wakil Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Wakil PEMADAM Daerah Bandar Baharu, Penghulu, Ahli-Ahli Majlis, Ketua–Ketua Jabatan, Agensi dan Persatuan di Daerah Bandar Baharu.
Seramai 3 orang kakitangan PBSD Bandar Baharu diketuai oleh Puan Nik Noorazlin Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan menghadiri program ini.
Terdapat 10 jenis pokok hutan seperti Merawan Siput, Meranti Temak Nipis, Kapur, Keladan, Merbau, Balau Sengkawang Air, Petai, Sentul, Kulim dan Kandis yang berjaya ditanam pada program kali ini.
Disediakan oleh : Fariza binti Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 16 Ogos 2025 - Program Rakan Mahir : Skill For Life Peringkat Daerah Bandar Baharu 2025 Siri1 telahpun diadakan dengan jayanya hari ini bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Baharu.
Seramai 20 orang belia terlibat di dalam program ini yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Serdang dengan kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu (PBSDBB) dan PAWE Bandar Baharu.
Memilih kursus Asas Solekan, program ini bertujuan memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaat dalam kehidupan seharian serta membantu meningkatkan pendapatan belia melalui peningkatan peluang pekerjaan mahupun terlibat dalam keusahawanan.
Majlis Penutup Program Rakan Mahir : Skill For Life telah disempurnakan oleh Nik Noorazlin Nik Mohd Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Farid Zakwan Mohtar, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Bandar Baharu manakala PAWE Bandar Baharu diwakili oleh penyelianya Puan Norlia Zabidi yang juga merupakan tenaga pengajar kursus ini.
Disediakan oleh : Fariza binti Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 6 Ogos 2025 - Seramai 90 orang belia yang berumur 15 hingga 30 tahun telah menyertai Program Literasi Kewangan Belia Siri 2 Peringkat Negeri Kedah 2025.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada belia tentang asas pengurusan kewangan peribadi seperti bajet, simpanan, pelaburan dan pengurusan hutang serta meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan perancangan kewangan jangka panjang.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi utama antaranya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Persatuan Takaful Malaysia, MFPC serta Bank Negara Malaysia melalui Bank Simpanan Nasional yang bertindak sebagai penceramah jemputan bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan hutang, simpanan persaraan, amaran scam dan kepentingan literasi kewangan dalam kehidupan seharian
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Encik Mohd Fuad Osman, Pengarah Kolej Komuniti Bandar Baharu. Turut hadir sebagai pegawai pemantau Puan Shaliza Samasudin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Disediakan oleh : Fariza binti Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
PADANG TERAP KEDAH, 01 SEPTEMBER 2025 - Program Kursus Marshall 4x4 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 telah diadakan dengan jayanya pada 29 - 30 Ogos 2025 (Jumaat & Sabtu) yang lalu bertempat di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Seramai 50 orang peserta dari pelbagai negeri hadir menyertai kursus ini yang bertujuan melahirkan marshal 4x4 bertauliah, berdisiplin dan berkemahiran tinggi dalam menguruskan pelbagai cabaran sukan lasak.
Antara pengisian modul kursus termasuklah Teknik asas marshal 4x4, Pengurusan trek & keselamatan, Kawalan konvoi & komunikasi radio, Teknik recovery kenderaan (winching & towing) dan Etika dan tanggungjawab marshall.
Program ini bukan sahaja menguji fizikal dan mental, malah mengukuhkan semangat kerjasama serta kepimpinan dalam kalangan peserta.
Majlis perasmian acara flag-off & pelancaran telah disempurnakan oleh Ybrs. Pn. Hjh. Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Padang Terap. Hadir bersama Dato Ahmad bin Mad Daud selaku pemilik resort AMD Resort merangkap penganjur bersama. Turut hadir bersama En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini.
#teamjbsn
#TeamKBS
#jbsnk
#kbsMalaysia
#HSN2025
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 28 OGOS 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dijemput bersama dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau pada 28 Ogos 2025 (Khamis) bertempat di Dewan Sri Merbau, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau, Kedah Darul Aman disini.
PBSD Padang Terap antara agensi kerajaan penerima Anugerah Penglibatan Agensi Kerajaan di majlis tersebut diatas pencapaian dan kerjasama yang diberikan selama ini dalam menjayakan pelbagai aktiviti secara kerjasama dengan pihak sekolah tersebut.
Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Zuraidi bin Abdul Rahim, Pengerusi CNC Marine Sdn. Bhd. Hadir bersama En. Azizan bin Abd Hamid, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau.
En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir di majlis tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 24 OGOS 2025 – Program kecergasan Fit Malaysia/Fit Komuniti@Daerah Padang Terap Siri 11 Tahun 2025 – Senamrobik bersama komuniti Puspanita Daerah Padang Terap telahpun diadakan dengan jayanya pada 21 Ogos 2025 (Khamis) yang lalu bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Bukit Gedung, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dengan kerjasama Puspanita Daerah Padang Terap dihadiri lebih 50 orang dengan mengadakan aktiviti kecergasan berbentuk Senamrobik.
Hadir bersama, En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
Sik, 6 Julai 2025 - Telah berlangsung Program Rakan Mahir : Skill For Life @ Parlimen (Kursus Barista) Peringkat Daerah Sik pada 4 Julai 2025 (Jumaat) bertempat di Kelulut Cafe bersama tenaga pengajar iaitu En zakwan. Program kursus jangka pendek ini diadakan bertujuan untuk memberi akses kepada belia dan komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan mengurangkan kos sara hidup yang melibatkan perbelanjaan. Turut hadir bersama Cik Noor Adila Binti Zulkifli, Pegawai Unit Rakan Muda
Alor Setar, 28 Julai 2025 - Telah Berlangsung Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 pada 25 Julai 2025 (Jumaat) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Pelbagai booth yang menarik seperti pameran seni, festival selam, toy & collector dan banyak lagi. Turut hadir bersama Cik Noor Adila binti Zulkifli, Pegawai Unit Rakan Muda.