KURSUS PENGURUSAN REKOD & FAIL PERKUKUH TADBIR URUS JABATAN

Alor Setar, 27 Jan 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod dan Fail selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Januari 2026 bertempat di Dewan Refleksia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES).
Seramai 45 orang pegawai dan kakitangan yang melibatkan wakil dari semua daerah telah menyertai kursus ini bagi memastikan sistem perekodan dan pengurusan fail Jabatan lebih teratur, sistematik serta mematuhi peraturan semasa.
Kursus ini turut memberi pendedahan berkaitan perundangan, klasifikasi fail serta pelupusan rekod awam mengikut ketetapan Arkib Negara Malaysia.
Majlis Penutup kursus telah disempurnakan oleh Puan Salwa binti Senawi, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir ialah Encik Nik Man Nik Soh, Pengarah Arkib Negara Negeri Kedah yang juga bertindak sebagai penceramah.
Diharapkan penganjuran kursus ini dapat meningkatkan tahap profesionalisme warga Jabatan serta menyokong tadbir urus yang cekap dan berintegriti.   
#JBSNK
#PengurusanRekod
#TadbirUrusBaik
#TeamKBS
#teamjbsn

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search