- JBS Kedah
- Hits: 68
TAKWIM BULAN OKTOBER JBSN KEDAH
??????????? ????
?????? ???????
??????? ????? ??? ????? ?????? ?????
????? : OKTOBER/2024
- JBS Kedah
- Hits: 68
??????????? ????
?????? ???????
??????? ????? ??? ????? ?????? ?????
????? : OKTOBER/2024
11 Hari Lagi Hampa !!
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH KINI KEMBALI!!?⚡️
Tarikh : 12 OKTOBER 2024 (SABTU)
Tempat : Tapak Konvokesyen Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah
Pelbagai program dan aktiviti akan dianjurkan sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 ??
Jom pakat mai ramai-ramai!!!
Jumpa anda disana!!!
Jom CERGAS BERSAMA!!!
Cergas bersama, JBS Kedah bersama ??
KUALA NERANG, 23 September 2024- Selesai berlangsung Program Youth Hub Camps 1/24 Negeri Kedah bertempat di Kem AMD Perik, Kuala Nerang.
Antara aktiviti program adalah Team Building, Kepimpinan dan Kenali Diri, Aktiviti Outdoor (Hiking, Senamrobik, Management Games, Archery War, Survival Cooking, Kraf Perkhemahan, Train Station dan Tug of War)
Majlis penutup dan penyampaian Sijil program telah disempurnakan oleh En Mohamad Suhaimi Bin Md Saad, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Disediakan Oleh : Nik Noor Azlihan Binti Nik Jamaludin (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara Encik Abd. Aziz bin Abd Rahman menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan “Aerobic Dance” Peringkat Negeri KedahTahun 2024 .
Berlangsung di Central Square, Sungai Petani, pertandingan ini diadakan dengan mengangkat Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Aktif ?
Tahniah dan syabas kepada pemenang seperti berikut: ?
? Kategori Remaja (17 Tahun dan ke Bawah)
?TRJ CREW
?ROCK FIVE FITNESS
?STARIA
? Kategori Dewasa (18 Tahun dan ke Atas) :
?IPSAH AEROSTAR
?IPSAH AEROWAVE
?GRAVITY GROOVE
Tahniah kepada semua peserta dan pemenang!!
Untuk makluman juga pemenang yang telah memperolehi Johan akan mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan pada November depan.
SUNGAI PETANI, 28 OKTOBER 2024: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda telah melaksanakan Program Senaman Warga Emas bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Petani pada 25 Oktober 2024 bertempat di Taman Jubli Sungai Petani .
Antara aktiviti yang dijalankan adalah berjalan pusing sekitar kawasan dan sedikit senaman, ini merupakan siri ke enam untuk program senaman warga emas. Turut hadir bersama dalam program tersebut Encik Mohd Rusydan Bin Abdullah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
DISEDIAKAN OLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA (PBSD KUALA MUDA)
SUNGAI PETANI – 17 OKTOBER 2024 (RABU) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda akan menganjurkan program Rakan Ekspresi : Skrin Besar Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah Bagi Tahun 2024 pada 25 Oktober 2024 bertempat di Riverfront City, Taman Pekan Baru, Sungai Petani , Kedah. Dijangkan kehadiran peserta adalah seramai 300 orang lebih melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan semasa program tersebut berlangsung antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak bersama ibu bapa.
Sehubungan itu, telah diadakan satu mesyuarat berkaitan hal tersebut, Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN Kedah, telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat DUN Bakar Arang, Pekan Baru, Sg Petani, Kedah. Turutsama dalam mesyuarat ini ialah Wakil dari Pejabat Ahli Parlimen Sg Petani, Wakil YB DUN Bakar Arang, Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Kelab Karate Kuala Muda.
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat menonton filem-filem berkonsepkan kesukanan, perpaduan dan kemasyarakatan di skrin besar disediakan bersama komuniti setempat.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali (PBSD Kuala Muda)
SUNGAI PETANI – 20 Oktober 2024 – Program Plogging Komuniti merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging / berjalan / berlari / berbasikal / jungle trekking / mendaki bukit sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat, bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan komuniti setempat dan menggalakkan amalan memelihara alam sekitar serta meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.
Sehubungan itu, telah diadakan satu Program Plogging Komuniti Peringkat Daerah Kuala Muda Siri 3/2024. Majlis perasmian pelancaran telah disempurnakan oleh Ybrs Dr Reezlin Bin Abd Rahman, Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani diiringi oleh en. Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegtawai Belia dan Ukan Daerah Kuala Muda serta En. Mohamad Khairoll Bin Yussof, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda
Program itu telah berlangsung di KKSP bermula jam 8.00 pagi dan melibatkan pelajar dari kolej tersebut seramai 100 orang. Dimulai dengan aktiviti senaman pagi, bergotong royong dan ceramah dari pihak PKD berkaitan pengjagaan kebersihan untuk mengelakkan ancaman demam denggi yang semakin menular sekarang ini.
Adalah diharapkan agar dengan adanya program sebegini akan dapat membudayakan gaya hidup cergas dan prihatin kepada kebersihan alam sekitar.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali(PBSD Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 28 OKTOBER 2024: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama ABIM Daerah Kuala Muda dan Pusat Aktiviti Kanak – kanak Paya Nahu telah menganjurkan Program Rakan Muda Skill For Life @ Parlimen Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2024 – Kursus Asas Menggunting Rambut pada 26 Oktober 2024 yang lalu bertempat di Pusat Aktiviti Kanak – kanak Paya Nahu.
Program tersebut diadakan adalah memberi pendedahan dan peluang kepada belia setempat meneroka pelbagai bidang kemahiran dan perkhidmatan baharu. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Bau Wong ADUN Sidam yang mewakili Ahli Parlimen Sungai Petani. Turut hadir bersama dalam program tersebut Puan Siti Fairus Binti Md Isa, Pembantu Belia dan Sukan daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda.
DISEDIAKAN OLEH: SITI FAIRUS BINTI MD ISA(PBSD KUALA MUDA)
SUNGAI PETANI - 3 OKTOBER 2024 (KHAMIS) - Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2024 tempohari. Program bermula diawal pagi pada jam 8.00 pagi. Dilaksanakan di SMK Bukit Selambau,Kedah. Anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda PBSD Kuala Muda Dengan Kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok, SMK Bukit Selambau. Majlis Perasmian dan Penutupan Program telah di sempurnakan oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dan diringi oleh Pn. Sharifah Binti Ahmad, Pengetua SMK Bukit Selambau dan En. Mohamad Khairoll Bin Yussof, Pengerusi Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Merbok.
Objektif Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) ini adalah untuk Merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan & melahirkan sukarelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Pengisian dalam program ini ialah Gotong Royong membersih dan mengecat kawasan sekolah dan sesi taklimat berkaitan program ARPRM. Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Muda ini juga bertujuan untuk menyediakan platform kepada belia melaksanakan aktiviti/ program kesukarelawanan/ kemanusiaan secara sistematik dan teratur tanpa mengira bangsa dan agama dalam melaksanakan tugas-tugas kesukarelaan. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on, menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan/ kemanusiaan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali(PBSD Kuala Muda)
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01