Jelajah Rakan Muda Bermula di Kedah | Peluncuran Kalendar Mega Rakan Muda 2026

Kuala Muda,15 Februari 2026- Negeri Kedah menjadi lokasi pembuka tirai Jelajah Rakan Muda @ Taman Batik dengan peluncuran Kalendar Mega Rakan Muda 2026, satu inisiatif strategik bagi menggerakkan idealisme, bakat dan kepimpinan belia di seluruh negara.
Majlis peluncuran telah disempurnakan oleh Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, bersempena Jelajah Rakan Muda di Taman Batik Kedah.
Menerusi Inisiatif Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan komited melaksanakan program sepanjang tahun yang inklusif, merangkumi kesukarelawanan, kesihatan, kemahiran, keusahawanan, kreativiti, kelestarian alam sekitar dan kepimpinan belia.
Kerajaan turut menyalurkan RM5,000 kepada setiap Kelab Rakan Muda di setiap Parlimen, dengan peruntukan keseluruhan RM40 juta bagi memperkasa aktiviti akar umbi.
Turut hadir ialah Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Yakin Boleh, Rakan Muda!  
#TeamKBS #TeamJBSN #jbsnk #JBSNKomited #MalaysiaMADANI RakanMuda KedahSejahtera

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-03-2026, 12:03:12

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search