MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA (JBSN) BILANGAN 2 TAHUN 2026

BANDAR BAHARU –  2 Mac 2026  – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bilangan 2 Tahun 2026 telah dilangsungkan hari ini bertempat di Podium B, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Perhimpunan ini menjadi platform kepada semua warga KBS dan agensi di bawahnya berkaitan pelaksanaan aktiviti dan program anjuran Kementerian, jabatan dan agensi. Ia juga bertujuan mengeratkan hubungan serta meningkatkan semangat berpasukan di kalangan warga KBS.

Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN ini telah diadakan secara hibrid dan disertai seluruh warga JBSN termasuklah di peringkat negeri dan daerah.

Dalam amanatnya, KP JBSN telah menyentuh beberapa perkara termasuklah penekanan kepada pelaksanaan program secara objektif dan berimpak serta sinergi pelbagai pihak dalam merealisasikan inisiatif belia, sukan dan Rakan Muda hingga ke akar umbi.

Perhimpunan ini turut  dihadiri secara hibrid oleh Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.

 

Disediakan oleh :

Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)

fariza.ghazali@kbs gov.my

 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search