MESYUARAT PELARASAN MAJLIS IFTAR RAMADAN MADANI

SUNGAI PETANI,- Satu Mesyuarat Pelarasan bagi Majlis Iftar Ramadan MADANI telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani bagi memastikan kelancaran program yang dijadualkan berlangsung pada 8 Mac 2026 nanti.

Mesyuarat yang bermula jam 2.30 petang itu memfokuskan kepada perancangan rapi serta penyelarasan tugas jawatankuasa bagi majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Sungai Petani.

Antara intipati utama hasil mesyuarat adalah berkaitan tarikh dan lokasi Majlis Iftar yang akan berlangsung pada 8 Mac 2026 di Masjid Al-Ikhlas, Pulau Sepom, Tikam Batu, Sungai Petani. Kolaborasi bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda turut  menggerakkan Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan (Khatam Al-Quran) peringkat daerah bagi tahun 1447H/2026M. Penyertaan adalah seramai 150 peserta Rakan Muda daripada sekolah-sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda akan terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Mesyuarat pelarasan ini telah dihadiri oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid (Pegawai Belia dan Sukan Daerah), Encik Ridzuan bin Haji Ali (Penyelaras Rakan Muda PBSD Kuala Muda), serta Encik Rusydan bin Abdullah (Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda) dan agensi-agnsi yang terlibat. 

Langkah proaktif ini mencerminkan komitmen berterusan agensi kerajaan dalam menyemarakkan syiar Islam serta memperkasa penglibatan belia di daerah Kuala Muda sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

 

Di sediakan oleh : Ridzuan Bin Hj Ali (PBSD Kuala Muda)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search