Program Youth Hub Camps Siri-2 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 telahpun diadakan dengan jayanya pada 24 hingga 26 Oktober 2024 bertempat di Kem Paya Pahlawan, Jitra Kedah Darul Aman.
Objektif pelaksanaan Program Youth Hub Camps ini adalah bagi memantapkan kemahiran kepimpinan dan nilai jati diri dalam kalangan pelajar dan juga belia khususnya dalam Daerah Kota Setar.
Program ini melibatkan seramai 30 orang peserta daripada SMK Sultanah Bahiyah, SMK Muadzam Shah dan SMK Alor Merah.
Peserta didedahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti Asas Ikhtiar Hidup, Asas Keselamatan Air & Berakit, Asas Pertolongan Cemas serta Ilmu Masakan Rimba.
Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar serta mendapat sokongan daripada Persatuan Kelana Laut Negeri Kedah.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Pn. Nazifah binti Muhamad Zubir Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar.
- JBS Kedah
- Hits: 61