- JBS Kedah
- Hits: 16
GOTONG ROYONG FASA 3 PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KOTA SETAR
- JBS Kedah
- Hits: 16
KOTA SETAR, -Telah berlangsungnya Gotong Royong Fasa 3 bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar telah dilaksanakan secara berperingkat.
Merupakan inisiatif kerjasama kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar untuk membersihkan, menceriakan, dan menyusun atur ruang kerja. Aktiviti ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang kondusif, selesa dan selamat disamping memupuk semangat kerjasama, hubungan silaturahim dan kesedaran penjagaan aset kerajaan. Melalui Gotong Royong ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan serta dapat meningkatkan semangat kekitaan di dalam sesebuah organisasi.
Hadir bersama bergotong-royong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir bersama semua kakitangan.
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
