PEMANTAUAN PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU 2026

BANDAR BAHARU –  5 Mac 2026  – Pemantauan perkembangan pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 Peringkat Daerah Bandar Baharu telah dilaksanakan hari ini bertempat di Surau SMK Lubuk Buntar .

Pemantauan telah dibuat oleh Encik Farid Zakwan Moktar, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu (Rakan Muda) bagi mendapatkan perkembangan pelaksanaan aktiviti Tadarus Al-Quran  yang telah bermula sejak 1 Mac 2026 lalu. Turut hadir dalam pemantauan tersebut, guru pembimbing Ustazah Siti Zauwiyah Mohd Noor dan Puan Shuhaibah Ibrahim. 

Aktiviti Tadarus Al-Quran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Bandar Baharu akan berlangsung selama 10 hari bermula pada 1 Mac 2026 sehingga 10 Mac 2026 melibatkan seramai 30 orang peserta di setiap 5 buah lokasi  iaitu  di Surau SMK Serdang, Surau SMK Serdang Baru, Surau SMK Lubuk Buntar, Surau Maktab Mahmud Bandar Baharu dan Surau Kolej Komuniti Bandar Baharu.

Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 telah dilancarkan pada 22 Februari 2026 lalu merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersamaJAKIM untuk mengimarahkan masjid dengan aktiviti belia khasnya buat belia berumur 13-30 tahun. 

Program yang sedang berjalan adalah program Tadarus Al-Quran. Program ini diadakan serentak di 5 lokasi berlainan dalam daerah Bandar Baharu.

Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 Peringkat Daerah Bandar Baharu sedang dilaksanakan di 5 buah lokasi bermula  bertempat di Surau SMK Serdang , Surau SMK Serdang Baru , Surau SMK Lubuk Buntar , Surau Maktab Mahmud Bandar Baharu & Surau Kolej Komuniti Bandar Baharu. Jumlah penyertaan adalah seramai 150 orang peserta yang berumur 13-30 tahun . 

Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu & Kolej Komuniti Bandar Baharu .

 

#JBSNKomited 

#JBSNKedah 

#kbslangkawi 

#TeamJBSN 

#rakanmudaramadan 

#RakanMasjid

 

Disediakan oleh :

Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)

fariza.ghazali@kbs gov.my

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search