PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU 2026

BANDAR BAHARU –  5 Mac 2026  – Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan  Peringkat Daerah Bandar Baharu 2026 sedang berlangsung bermula pada 1 Mac 2026 sehingga 10 Mac 2026 melibatkan seramai 30 orang peserta di setiap 5 buah lokasi  iaitu  di Surau SMK Serdang, Surau SMK Serdang Baru, Surau SMK Lubuk Buntar, Surau Maktab Mahmud Bandar Baharu dan Surau Kolej Komuniti Bandar Baharu.

Objektif utama Rakan Muda Ramadan adalah untuk menyediakan platform kerohanian yang menarik minat belia khusnya belia berumur 13-30 tahun bagi menghidupkan bulan Ramadan melalui pengisian aktiviti berfaedah. Ia bertujuan melatih belia membaca dan mengamalkan al-Quran, membudayakan amalan sunnah, serta mengeratkan ukhuwwah (persaudaraan) dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.

Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 telah dilancarkan pada 22 Februari 2026 lalu merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersamaJAKIM untuk mengimarahkan masjid dengan aktiviti belia khasnya buat belia berumur 13-30 tahun. 

Inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 bakal mencipta gelombang baharu anak muda yang seimbang dalam aspek sahsiah, rohani, intelektual dan sosial sekali gus menggerakkan agenda negara dengan lebih baik.

 

Disediakan oleh :

Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)

fariza.ghazali@kbs gov.my

 

 

 

#TeamKBS

#JBSNBersama

#JBSNKedah

#MalaysiaMadani

#yakinboleh

#rakanmudaramadan 

#RakanMasjid

 

 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search