BANDAR BAHARU – 9 Mac 2026 – Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Amir Syarifudin Abdul Majid, Presiden Kelab Sukan Rekreasi Serdang (KESURA)
yang telah mewakili kelab tersebut ke Bengkel Penyelarasan Kursus Kemahiran Rekreasi Luar (OUTREC) dan Malaysia Challenge Rope Course (MCRC) bertempat Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara pada 7-8 Mac 2026 yang lalu.
KESURA hadir sebagai penganjur kursus OUTREC dan MCRC aktif di peringkat Zon Utara bersama 23 orang penggerak rekreasi yang lain dari pelbagai agensi yang terlibat dalam penganjuran Kursus OUTREC dan MCRC.
Bengkel anjuran Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) ini bertujuan menyelaras perancangan serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara semua pihak bagi memastikan pelaksanaan program dapat dijalankan secara lebih tersusun, profesional dan berkesan.
Inisiatif ini juga dilihat mampu meningkatkan tahap profesionalisme serta memantapkan kompetensi dalam pengendalian kursus OUTREC dan MCRC. Usaha ini juga merupakan langkah penting dalam memartabatkan program OUTREC dan MCRC agar terus berkembang serta berpotensi menuju ke arah pengiktirafan sijil di peringkat antarabangsa.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir Tuan Haji Nor Rijam Ibrahim, Presiden PJRM.
Disediakan oleh :
Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
fariza.ghazali@kbs gov.my
#TeamKBS
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#yakinboleh
#rakanmudaramadan
#RakanMasjid
