- JBS Kedah
- Hits: 33
KEJOHANAN BOLASEPAK LIGA K MADANI 2025/2026 PIALA DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION
- JBS Kedah
- Hits: 33
BANDAR BAHARU,YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, telah hadir merasmikan Kejohanan Bolasepak Liga K MADANI 2025/2026 Piala Datuk Seri Saifuddin Nasution yang berlangsung di Padang Awam Bandar Baharu.
Penganjuran kejohanan ini merupakan inisiatif yang telah lama tidak dilaksanakan sebelum dihidupkan semula atas usaha YB Menteri Dalam Negeri menerusi Kelab Bolasepak Sri Permatang, sebagai platform untuk memperkasa penglibatan belia dalam aktiviti sukan yang sihat dan berfaedah.
Johan telah dimenangi oleh pasukan Bandar Baharu yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta piala iringan dan medal manakala Naib Johan Pasukan Lubuk Buntar RBA membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan medal.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dan Kementerian Dalam Negeri dalam memperkasa golongan belia, memupuk perpaduan serta mendekatkan kepimpinan dengan rakyat melalui pendekatan berteraskan rakyat dan berimpak tinggi.
Kejohanan yang disaksikan hampir 500 orang penonton itu menghimpunkan 10 pasukan yang mewakili kampung-kampung sekitar Bandar Baharu, sekali gus mencerminkan semangat kesukanan, perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan komuniti setempat.
Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Puan Nik Noorazlin Nik Mohd Nor.
Disediakan oleh :
Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
fariza.ghazali@kbs gov.my
