- JBS Kedah
- Hits: 12
PBSD BB HADIR PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK SKUAD AADK BANDAR BAHARU
- JBS Kedah
- Hits: 12
BANDAR BAHARU – 8 Mac 2026 – Sempena keberkatan bulan Ramadan ini, Skuad AADK Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Program Kacau Bubur Lambuk dan Majlis Berbuka Puasa SKUAD Bersama Pelajar Tahfiz Ibnu Sina dan Klien AADK bertempat di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Serdang Kedah.
Program ini turut bertujuan memupuk semangat gotong-royong dan mengeratkan silaturahim disamping berkongsi rezeki dengan mengagihkan bubur lambuk kepada penghuni tahfiz dan klien AADK sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan dalam menyemarakkan bulan yang penuh keberkatan ini.
Program ini berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh muafakat dan semangat gotong-royong. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua Ahli Skuad amat membanggakan dalam memastikan kelancaran perjalanan program.
Puan Fariza Ghazalli, Pembantu Belia dan Sukan (unit Belia) turut hadir dalam menjayakan program ini sebagai tanda manifestasi sokongan warga belia dan sukan terhadap gaya hidup sihat dan kempen memerangi dadah.
Disediakan oleh :
Fariza bt. Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)
fariza.ghazali@kbs gov.my
#TeamKBS
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#yakinboleh
#rakanmudaramadan
#RakanMasjid
