- JBS Kedah
- Hits: 25
PERBINCANGAN PELAKSANAAN RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADHAN 1447H/2026M PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP.
- JBS Kedah
- Hits: 25
PADANG TERAP KEDAH, 10 MAC 2026 – Perbincangan berkaitan Pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadhan 1447H/2026M Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 10 Mac 2026 (Selasa) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Kedah Darul Aman disini.
Program ini akan dilaksanakan pada 16 Mac 2026 bersamaan 26 Ramadan 1447H di Surau Al-Huda, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka yang akan melibatkan aktiviti Khatam Al-Quran, Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk dan Majlis Berbuka Puasa.
Dalam perjumpaan ini, perbincangan melibatkan antara En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap bersama En. Mawardi bin Hamid, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, En. Rashid bin Awang, YDP PIBG SMK Naka dan Pn. Rosnizan binti Murad, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka.
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
