Sedang Berlangsung Fiesta Rakan Muda Jom kita sama-sama memeriahkan lagi program kali ini di Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar Aktiviti yang akan berlangsung: Pertandingan Kawad Kaki Pameran Seni Festival Selam Toy & Collector Pertandingan Mewarna Bengkel AI Busking & malam galau Motor Show Klasik Jumpa di sana!!
Alor Setar | 23 Julai 2025 – Majlis Sukan Negeri Kedah dengan rasminya telah melancarkan Logo Rasmi SUKDA ke-7 2025 dalam satu majlis penuh gemilang yang berlangsung hari ini. Majlis yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan Negeri serta wakil-wakil daerah memperlihatkan semangat kesukanan dan kebersamaan yang tinggi dalam menjayakan temasya Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) 2025 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Pelancaran ini turut menyaksikan perarakan masuk bendera daerah-daerah bertanding, disusuli dengan simbolik pelancaran oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama barisan pemimpin sukan negeri dan daerah. Kesemua tetamu dan hadirin memberikan sokongan padu serta semangat “The Greater Kedah” dalam mendokong kejayaan penganjuran sukan peringkat negeri kali ini
Usai sesi Townhall petang semalam, saya kembali ke Surau Al-Hidayah, ada sesi santai nak raikan penduduk dan anak-anak angkat Desa KEDA, Kg Sungai Senam, Sik, Kedah. Terima kasih tak terhingga warga Kg Sungai Senam atas layanan yang penuh ikhlas sepanjang kami berada di sini. Walau kami datang sebagai tetamu, tapi dilayan ibarat keluarga sendiri. Andai ada silap kata, terkasar bahasa, atau kekurangan sepanjang keberadaan kami, sejuta kemaafan kami harapkan . In shaa Allah, jika ada rezeki kita bertemu lagi di lain hari. “Kita bukan sekadar singgah, tapi kita membina”
Naik motor, masuk kampung, santuni penduduk dari rumah ke rumah.Lima buah rumah juga diberi sentuhan kasih, kami semua baiki lampu, betulkan paip, pasang kipas dan kerja-kerja kecil lain. Semua ini demi nak orang muda bersama masyarakat, bukan sekadar hadir tapi benar-benar membantu. “Kita buka sekadar singgah, tapi kita membina”
19 Julai 2025, Desa KEDA Sungai Senam, Sik - Alhamdulillah, pagi yang penuh keberkatan di Desa KEDA Sungai Senam dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah bersama komuniti setempat. Peserta menyertai kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Mukmin dari KEDA Negeri Kedah, menyentuh soal keikhlasan dalam amal serta peranan komuniti dalam membentuk masyarakat yang sejahtera. Selepas solat dan kuliah subuh, para peserta bersiap untuk meneruskan aktiviti seterusnya dalam program seperti pameran agensi, gotong-royong, dan sesi penyerahan semula keluarga angkat, yang menandakan penghujung manis bagi program komuniti yang dianjurkan. Program ini bukan sekadar rutin harian – ia menjadi simbol penyatuan, pengukuhan ukhuwah, serta langkah kecil ke arah membina masyarakat yang lebih harmoni dan berakhlak.
Sik, 14 Julai 2025 – Program Kembara JOM 2.0 peringkat Zon Utara yang melibatkan penyertaan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang akan berlangsung bermula 17 hingga 19 Julai 2025 di Desa KEDA Sungai Senam, Sik, Kedah. Mesyuarat penyelarasan program tersebut telah diadakan dengan kehadiran pelbagai agensi termasuk Kolej KEDA, Desa KEDA Sungai Senam, IPD Sik, serta wakil-wakil kementerian secara dalam talian. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama Puan Laila Nazura binti Nawi, Pengarah Cawangan Kepimpinan dan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Negara. Mesyuarat turut memfokuskan kepada penyelarasan peranan agensi, persediaan logistik dan pengisian utama sepanjang program berlangsung. Antara acara kemuncak ialah Sesi Townhall Kembara JOM yang akan diadakan di Kolej KEDA, bertujuan memberi ruang kepada belia untuk menyuarakan pandangan serta berkongsi cabaran dan kejayaan program pembangunan belia peringkat negeri. Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menjalin kerjasama rentas negeri tetapi juga sebagai usaha merakyatkan dasar pembangunan belia ke akar umbi. Program Kembara JOM 2.0 merupakan kesinambungan daripada usaha Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara untuk merakyatkan aktiviti pembangunan belia secara inklusif di seluruh negara.
Sungai Petani, 14 Julai 2025 - Telah berlangsung sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Bagi Sesi pengambilan Jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP 1 bertempat di Dewan Banquet, MPSPK. Seramai 6 orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah ditugaskan sebagai Penguji bagi mengendalikan sesi UKJK tersebut. Tahniah dan semoga rezeki milik anda..
Bandar Darulaman, 12 Julai 2025 - Telah berlangsung Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa I Daerah Kubang Pasu 2025 Sesi 1 bertempat di Gemilang Swimming Pool, Darulaman Golf & Country Club, Bandar Darulaman, Jitra. Turut hadir Encik Mohd Hanafi Bin A. Rahman Timbalan Pengarah Pembangunan Sukan, Encik Mohamad Hanif Bin Norhan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu serta Tuan Hj Mohd Kamarunzaman Bin Khalidin, Pegawai Kecergasan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Pegawai Penyelaras bagi Program KLAS Daerah Kubang Pasu adalah Encik Mohd Azizi Bin Rashid, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSD Kubang Pasu.