MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PADANG MAHLIGAI KG RUN 2026 PERKUKUH KOLABORASI AGENSI

  * Pejabat Penghulu Sidam Kiri, Sungai Petani
  * 5 Februari 2026

Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Padang Mahligai Kg Run 2026 telah diadakan di Pejabat Penghulu Sidam Kiri, Sungai Petani bagi memperincikan pelaksanaan program yang akan berlangsung pada 14 Februari 2026 di Padang Mahligai, Sidam Kiri.
Mesyuarat ini merupakan program anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan dipengerusikan oleh En. Khairul Anwar bin Ramli, Timbalan Pengarah ICU Kedah.
Taklimat dan pembentangan program telah disampaikan oleh En. Kamaruzaman bin Khalidin, Pegawai Kecergasan Nasional JBSN Kedah yang merangkumi atur cara program, perancangan laluan Fun Run serta keperluan keselamatan dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan.
Antara agensi yang terlibat dalam kerjasama pelaksanaan program ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP), RELA, SWCorp serta Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU).
Program Padang Mahligai Kg Run 2026 dijadualkan disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan dan dijangka menjadi platform menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam amalan gaya hidup aktif dan sihat.
Mesyuarat turut dihadiri oleh En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

#TeamKBS
#teamjbsn
#jbsnk
#icukedah
#MalaysiaMadani

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search