- JBS Kedah
- Hits: 8
MESYUARAT JK TETAP KESIHATAN NEGERI KEDAH BIL. 1/2026 PERKUKUH AGENDA KESEJAHTERAAN RAKYAT
- JBS Kedah
- Hits: 8
Alor Setar, 3 Februari 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Kedah Bil. 1/2026 telah diadakan di Wisma Darul Aman dan dipengerusikan oleh YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah.
Mesyuarat membincangkan pelbagai isu kesihatan semasa negeri Kedah termasuk penyakit berjangkit dan tidak berjangkit seperti demam denggi, penyakit kaki tangan dan mulut, keracunan makanan, tuberkulosis serta peningkatan penyakit tidak berjangkit melibatkan hipertensi, kolesterol tinggi dan kencing manis.
Fokus turut diberikan kepada isu kesihatan mental yang menunjukkan peningkatan dalam kalangan dewasa dan remaja, penguatkuasaan kawasan larangan merokok, keselamatan serta kawalan mutu makanan, pelaksanaan Wellness Hub komuniti sihat dan Kempen 60:20 bagi penjagaan kesihatan mulut.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Nor’aishah binti Abu Bakar memaklumkan penurunan sebanyak 60 peratus kes denggi berbanding tahun 2024 dengan hanya satu kematian direkodkan pada tahun 2025. Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai siapnya 43 projek naik taraf klinik daif serta perancangan naik taraf hospital di Yan, Sik, Jitra dan Kuala Nerang pada tahun 2026.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah sebagai tanda sokongan berterusan Jabatan terhadap agenda kesihatan dan kesejahteraan rakyat negeri Kedah.
#TeamKBS
#teamjbsn
#jbsnk
#KedahSejahtera
