Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah merasmikan Program 1 Bulan 1 Sukan Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan bersukan dan gaya hidup sihat, di samping menggalakkan penyertaan aktif rakyat dalam pelbagai aktiviti sukan secara berterusan.
Pelaksanaan program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, merangkumi kakitangan kerajaan, pelajar, pekerja sektor awam dan swasta serta komuniti bandar dan luar bandar.
Menerusi konsep 1 Bulan 1 Sukan, rakyat Kedah diberi peluang mencuba pelbagai aktiviti sukan secara santai dan berperingkat, selaras dengan usaha membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
Program ini akan dilaksanakan secara konsisten pada setiap hari Khamis minggu keempat setiap bulan, bagi memastikan pelaksanaan yang tersusun dan mudah diikuti sepanjang tahun.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta pegawai-pegawai PBSD Bandar Baharu yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran program ini.
#1Bulan1Sukan
#JBSNK
#KedahSejahtera
#TeamJBSN
#TeamKBS
