Kubang Pasu, 7 Februari 2026 – Dengan tema Conquer Nature, Connect Culture, Program The Talipong Trail Run telah berjaya menghimpunkan seramai 800 peserta dari pelbagai negeri bertempat di Felda Batu 8, dekat sini.
Program sulung anjuran Felda Wilayah Utara dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Kedah, serta sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, ini membuktikan komitmen golongan belia dalam mengimbangi amalan gaya hidup aktif di samping mempromosikan Kedah sebagai destinasi pelancongan yang berpotensi dan menarik.
Selain acara larian, program ini turut dilaksanakan seiring dengan Karnival Seri Talipong sebagai acara sampingan bagi memeriahkan suasana di Felda Batu 8. Antara pengisian yang diadakan termasuk Pameran Agensi, Cabutan Bertuah, Karnival Niaga, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak serta kenduri rakyat untuk pengunjung yang hadir.
Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan masyarakat sentiasa aktif dalam aktiviti sukan dan sosial, seterusnya memperkukuhkan perpaduan komuniti setempat.
#TalipongTrailRun
#JBSNK
#TeamKBS
#teamjbsn
#MBNK
