BALING, 9 Februari 2026 – Seramai 99 orang peserta terdiri daripada pelajar Kolej Politeknik MARA (KPM), Kota Bharu telah menyertai Kursus Kejurulatihan Rekreasi Luar Tahap 1 yang berlangsung dari 3 hingga 9 Februari 2026 di sekitar daerah Baling, Kedah anjuran Kelab Sukan Rekreasi Serdang, dengan kerjasama KPTM Kota Bharu, JBSN Kedah dan Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia.
Kursus selama tujuh hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kejurulatihan rekreasi luar, di samping meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal serta kefahaman peserta terhadap aspek keselamatan, kepimpinan dan pengurusan aktiviti luar. Antara modul yang dilaksanakan termasuk pengenalan rekreasi luar, pengurusan risiko, asas navigasi, ikhtiar hidup, kerja berpasukan serta etika aktiviti luar.
Sepanjang kursus, para peserta telah menjalani sesi teori dan praktikal yang mencabar fizikal serta mental, selaras dengan objektif melahirkan jurulatih rekreasi luar yang berpengetahuan, berdisiplin dan berdaya saing. Lokasi di Baling yang kaya dengan elemen alam semula jadi turut memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan autentik kepada para peserta.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat menjadi platform penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga penggerak rekreasi luar yang berkualiti, sekali gus menyokong sukan dan rekreasi luar secara selamat dan berstruktur di peringkat institusi serta komuniti. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En Mohd Hanaffi b A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir didalam majlis tersebut adalah En Amir Syarifuddin, selaku ketua jurulatih program, En Amiruddin, pensyarah KPTM Kota Bharu, En Muhammad wakil dari Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia dan En Mohd Shafizan, peg pemb sukan rekreasi, JBSN Kedah.
#JBSNKedah
#RakanAktif
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
