- JBS Kedah
- Hits: 13
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG 2025 (FASA 3) KANAK - KANAK OKU PERINGKAT NEGERI KEDAH @ KUALA MUDA
- JBS Kedah
- Hits: 13
Sungai petani , Kedah. Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Kanak- kanak OKU @ Kuala Muda telah melabuhkan tirai bagi Fasa 3 tahun 2025 bertempat di SP Club Sungai Petani.
Majlis penutup dan penyerahan sijil disempurnakan Oleh Encik Nur Amali Bin Ihsanuddin, Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani. Turut hadir En Rusydan Penolong Pegawai Belia dan Sukan PBSD Kuala Muda dan Guru Besar Sk Sungai Lalang, Sg Petani.
Program ini bukan sekadar melatih kemahiran asas sukan, malah menjadi platform untuk peserta membina keyakinan diri serta memberi peluang yang sama rata kepada peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini sehingga mencapai objektif yang dihasratkan.
#JBSNKedah
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#KLASRenangKedah
