PERANCANGAN PEWUJUDAN DUN BELIA KEDAH

Alor Setar, 16 Februari 2026 - Kerajaan Negeri Kedah melalui Sekretariat Belia Sejahtera sedang merangka perancangan ke arah pewujudan DUN Belia Kedah sebagai satu platform strategik bagi memperkasa peranan dan kepimpinan belia di peringkat negeri.
Inisiatif ini dipengerusikan oleh EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN), dengan matlamat menetapkan halatuju yang jelas dalam melahirkan belia yang berkepimpinan, berdaya saing dan berketerampilan bagi memacu pembangunan sosioekonomi negeri.
Pelaksanaan DUN Belia Kedah ini dirancang untuk diadakan pada tahun ini dan dijangka menjadi wadah penting dalam memberi ruang kepada suara serta idea belia untuk disalurkan secara lebih tersusun dan berimpak.
Turut terlibat dalam sesi perancangan ini ialah wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, iaitu Puan Salwa Senawi, Pemangku Pengarah; Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan); serta Encik Kamaruizaman, Pegawai Kepimpinan dan Sahsiah.
Diharapkan usaha ini dapat direalisasikan dengan jayanya seterusnya memperkukuh ekosistem pembangunan belia negeri Kedah yang lebih progresif, inklusif dan mampan.

#jbsnk
#teamjbsn
#TeamKBS
#KedahSejahtera

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search