Alor Setar, 11 Oktober - Antara program program sampingan yang sedang berlangsung.. Teruskan sokongan rakyat negeri Kedah ke arah menuju Negara berbudaya sukan.
Pertandingan dan aktiviti masih berlangsung sehingga petang.. Ayuh datang beramai2..
11 Okt 2025, Alor Setar Mall : Dalam dunia robotik kerjasama adalah kunci utama dalam membentuk pasukan yang sistematik. Bersama Rakan Mahir cabaran adala peluang untuk kejayaan.
Tahniah kepada semua pemenang dalam kategori Terbuka dan Sekolah Menengah. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Salwa Binti Senawi, Penolong Pengarah kanan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Puan Noor Hasmy Bt Md Yunos, Timbalan Pengarah (Pengurusan ) Kolej Komuniti Bandar Darul Aman.
Sesi Walkabout telah diadakan bagi melihat dengan lebih dekat aktiviti sempena pelaksanaan Hari Sukan Negara 2025 yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan NGO
Penyertaan yang menyerlah seramai 130 orang yang hadir untuk memberikan saingan yang hebat dalam 2 kategori iaitu MLBB dan efootball. Semangat anak muda di negeri Kedah memang luar biasa!
Kelab Sungai Petani, Sungai Petani, 18 Oktober 2025 - Sungai Petani Aquatic Club hari ini telah menganjurkan Kursus Keselamatan Di Air dan CPR Tahun 2025 melalui sokongan dari Pejabat YBM KBS Malaysia dengan kerjasama dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kedah.
Program yang dijalankan secara percuma ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan di air, asas menyelamat, serta teknik pemulihan pernafasan (CPR) yang boleh diberikan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan atau sebagainya.
Seramai 60 orang peserta telah menyertai program sehari ini yang melibatkan penyertaan dari kalangan Pegawai-pegawai Belia Dan Sukan seluruh Negeri Kedah, Guru-guru, penggerak/sukarelawan NGO tempatan, serta pelajar sekolah. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penghargaan/Penyertaan telah disempurnakan oleh Tn, Hj. Mohd Kamaruzaman Bin Khalidin Pegawai Kecergasan Nasional, mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah.
Kepala Batas, Pulau Pinang, 15 Oktober 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang hari ini telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] Peringkat Zon Utara 2025, dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) serta Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).
Sesi ini bertujuan mengumpulkan pandangan serta maklum balas konstruktif daripada pelbagai pemegang taruh sukan bagi menambah baik dan memperkukuh pelaksanaan dasar serta tadbir urus pembangunan sukan negara.
Zon Utara melibatkan penyertaan wakil daripada Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, merangkumi pelbagai agensi kerajaan, Majlis Sukan Negeri, badan sukan, jurulatih, atlet, serta penggiat industri sukan.
Melalui sesi ini, para peserta berpeluang berkongsi pandangan dan pengalaman bagi memastikan pindaan akta tersebut lebih inklusif, selaras dengan perkembangan semasa ekosistem sukan tanah air.
Inisiatif libat urus ini turut menyokong aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh dasar pembangunan sukan yang progresif dan berteraskan nilai.
Terima Kasih buat Agensi, Persatuan Sukan Pemegang Taruh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah atas kehadiran dan penglibatan dalam memartabatkan sukan tanah air.