PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PADANG TERAP TURUT SERTA DALAM PROGRAM MINI KARNIVAL MUHIBBAH MESRA PENGGUNA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025

PADANG TERAP KEDAH, 23 DISEMBER 2025 – Program Mini Karnival Muhibbah Mesra Pengguna Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 telahpun diadakan dengan jayanya pada 19 - 20 Disember 2025 (Jumaat & Sabtu) yang lalu bertempat di Dataran Putra, Kuaa Nerang, Kedah Darul Aman disini.

Program ini dianjurkan oleh Penggerak Komuniti Kepenggunaan Negeri Kedah dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). 

Antara pengisian dan aktiviti dalam program ini adalah Jualan Barangan Malaysia (KBM), Jualan Rahmah Madani, Fun Walk, Fun Run & Fun Ride 50km Pengguna, Pertandingan Sepak Raga Tuju, Pertandingan Karom, Pertandingan E-Sukan, Pertandingan Masterchef Menu Rahmah, Pertandingan Mewarna Pengguna Cilik, Advokasi Kepenggunaan seperti ”Pocket Talk”, kuiz kahoot kepenggunaan, sukan rakyat dan pameran agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Peranan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dalam menjayakan program ini adalah menguruskan acara Fun Walk, Fun Run & Fun Ride 50km Pengguna.

Program ini juga turut dihadiri oleh YBhg Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan YBrs Tuan Muhammad Nizam bin Jamaludin, Pengarah KPDN Negeri Kedah. Hadir bersama En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.

 

#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani

#MadaniBekerja

#Rancakkan Madani

DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search