MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS BELIA DAERAH YAN KALI KE-32 TAHUN 2025

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Daerah Yan Kali Ke-32 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Mahkota 1, The Jerai Hotel, Bandar Sungai Petani, Kedah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hajah Norma binti Haji Awang, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran MARA.

Turut hadir Puan Hajah Asnatul Adha binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan; Encik Jamadi bin Jamaludin, Pegawai Unit Belia PBSD Yan; Encik Mohd Azlan bin Md Desa, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah; Encik Mohd Hafiz bin Haji Abu Hassan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan; serta Tuan Haji Annuar bin Ibrahim, Penasihat Majlis Belia Daerah Yan.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Ahmad Uzair bin Rahmad atas pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan yang baharu bagi penggal 2025–2027.

Diharapkan kepimpinan yang diterajui akan terus memperkukuh peranan dan sumbangan belia ke arah pembangunan belia yang mampan di Daerah Yan.


DISEDIAKAN OLEH : PBSD YAN

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search