Program Raudhatul Ilmi Peringkat Daerah Yan Tahun 2025 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Yan telah berjaya dilaksanakan pada 18 Disember 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Agama Daerah Yan.
Program ini menampilkan ceramah bertajuk “Khusyuk Di Dalam Solat” yang telah disampaikan oleh Tuan Syeikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi, Pegawai Agama Daerah Yan. Pengisian ceramah yang sarat dengan ilmu ini memberi penekanan kepada kepentingan penghayatan dan keikhlasan dalam mendirikan solat sebagai tunjang pembentukan sahsiah diri.
Turut hadir Puan Hajah Asnatul Adha bt Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuhkan kefahaman dan pengamalan agama dalam kalangan masyarakat.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD YAN
