LANGKAWI, KEDAH – 02 OKTOBER 2024, Mesyuarat Focus Group Daerah Langkawi Bil 8/2024, telah dilaksanakan pada 10 September 2024, bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah & Tanah Langkawi.
Mesyuarat di Pengerusikan oleh Ybrs Tuan Muhamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi.
Turut hadir Encik Ferdaus Bin Osman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
PADANG TERAP KEDAH, 02 OKTOBER 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Kali Ke-2 Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 02 Oktober 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Sejurus selesai Mesyuarat Penyelarasan Kali Ke-2 Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan Pra Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Padang Terap di perkarangan Bilik Gerakan Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap.
Majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Padang Terap telah disempurnakan oleh Ybhg. Tn. Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap sambil disaksikan oleh En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap serta ahli-ahli mesyuarat.
Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Padang Terap akan dilangsungkan pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Naka.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 02 OKTOBER 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Kali Ke-2 Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 02 Oktober 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Mesyuarat Penyelarasan Kali Ke-2 Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Padang Terap yang diadakan ini bertujuan untuk menyelaras serta menerima maklum balas agensi berkaitan dengan tindakan pelaksanaan kerja-kerja persiapan tempat, teknikal dan pengisian aktiviti/acara yang akan diadakan pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) nanti bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naka, Kedah Darul Aman.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ybhg. Tn. Azmin Bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Padang Terap. Hadir sama, Pn. Rosnizan binti Murad, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, SMK Naka En. Abdullah bin Sulong, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu Mukim Tekai Kanan dan Tekai Kiri serta Pengerusi Persatuan Sukan Daerah serta Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Padang Terap.
Taklimat berkenaan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Daerah Padang Terap telah disampaikan oleh En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
KUBANG PASU – 28 Sept 2024 - Kursus Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Tahap Asas Peringkat Zon 1 Tahun 2024 telah diadakan pada 26 hingga 28 September 2024 bertempat di Teratak Al-Qarni, Wang Tepus, Jitra, Kedah Darul Aman
Kursus ini dibawah anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta daripada negeri Kedah dan Perlis. 2 orang peserta dari mewakili Daerah Baling telah hadir ke kursus ini.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
Kubang Pasu, 12 September 2024 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Induk Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah 2024 telah berlangsung di Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) dekat sini. Mesyuarat di pengerusikan oleh Pn Zaiton binti Yahya Pengarah ICU dan dihadiri oleh rakan-rakan strategik, NGO serta agensi-agensi yang terlibat.
Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sukan, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman dan hadir bersama Dr Zaim bin Ahmad, Pengarah Pusat Kokurikulum UUM selaku tuan rumah. Bertemakan “Cergas Bersama” serta berteraskan 10 Gaya hidup Rakan Muda, Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah akan dilaksanakan di UUM Sintok pada 12 Oktober ini dan akan menjanjikan pelbagai aktiviti menarik menanti setiap lapisan umur termasuk golongan OKU.
Seusai mesyuarat, satu Majlis Pra Pelancaran telah diadakan dan disempurnakan oleh Puan Pn Zaiton binti Yahya menandakan bermulalah program-program yang akan dirancang menuju Hari Sukan Negara 2024 peringkat Negeri Kedah dan disaksikan semua ahli mesyuarat dan pihak media.
Turut hadir , Pegawai Belia Dan Sukan PBSD Baling , Puan Siti Salmiah Bt Md Ani
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
Baling, 30 September 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Baling bagi tahun 2024 telah diadakan petang ini bertempat di Bilik Gerakan , Pejabat Daerah Baling .
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Baling , Encik Yazlan Sunardie Bin Che Yahaya dan telah membincangkan mengenai gerak kerja perancangan dan pelaksanaan program Hari Sukan Negara 2024 Daerah Baling yang akan diadakan pada 12 Oktober 2024 (Sabtu) di Econsave Baling ,Kedah."
Turut hadir , Pn.Siti Salmiah Bt Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan PBSD Baling , ketua-ketua jabatan, syarikat swasta dan NGO .
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
Baling, 23 September 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Baling Bilangan 2/2024 telah diadakan petang ini bertempat di Bilik Gerakan , Pejabat Daerah Baling .
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Baling , Encik Yazlan Sunardie Bin Che Yahaya dan telah membincangkan isu-isu berkaitan bencana dan kesiapsiagaan menghadapi bencana di daerah Baling .
Turut hadir , Pn.Siti Salmiah Bt Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan PBSD Baling.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 28 SEPT 2024 – Telah berlangsungnya Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 1 Peringkat Daerah Baling bertempat di PDK Seri Kupang.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Sukaneka, Gotong-royong Laman Hijau dan juga mengecat.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
BALING, 22 SEPT 2024 – Pagi ini telah berlangsungnya program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Baling Siri 2 yang diadakan di Klinik Kesihatan Parit Panjang,Baling .
Program ini diadakan bagi membentuk komuniti warga emas yang mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat di daerah Baling . Turut hadir , pegawai Unit Sukan PBSD Baling , En.Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)