Malam yang penuh aksi dan semangat kesukanan! Persatuan Muaythai Negeri Kedah (PMNK) telah berjaya menganjurkan Temasya Muaythai Kedah 2025 bertempat di Riverfront City, Sungai Petani pada 28 Disember 2025.
Program ini dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq bin Johari bersama-sama tetamu kehormat serta barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerikan lagi majlis, sekali gus memberi suntikan semangat buat para atlet muaythai tempatan.
Hadir bagi memeriahkan majlis:
YB Adam Loh Wei Chai – ADUN Bakar Arang
Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu – Ketua Setiausaha KBS
En. Mu’azamir bin Haji Jili – Wakil Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)
Puan Salwa Senawi – Wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kedah
En. Mohd Hanaffi bin A.Rahman – Timbalan Pengarah Sukan JBS Negeri Kedah
Haji Noor Azman bin Zainol -
Pegawai Pembangunan Atlet Sukan MSNK
merangkap
Wakil Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah
Kehadiran YB Menteri dan Kepimpinan tertinggi Kementerian dan kawasan membuktikan sokongan berterusan kerajaan dan agensi dalam memperkukuhkan pembangunan sukan muaythai, khususnya di negeri Kedah Darul Aman.
Tahniah diucapkan seluruh jawatankuasa penganjur atas kejayaan penganjuran yang cukup gilang-gemilang ini. Semoga sukan muaythai terus berkembang dan melahirkan lebih ramai jaguh bertaraf dunia dari bumi Jelapang Padi.
#TeamKBS
#teamjbsn
#jbsnk
#MalaysiaMadani
