- JBS Kedah
- Hits: 39
Majlis Perasmian Kejuaraan Silat Piala Pendekar Utama Negara Terbuka Kebangsaan
- JBS Kedah
- Hits: 39
Gurun, 30 Disember 2025 - Telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan Kriss MODENAS, Gurun. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufik bin Johari sekali gus menzahirkan sokongan berterusan kerajaan terhadap pemerkasaan seni warisan bangsa, khususnya silat.
Dalam ucapannya, YB Menteri Belia dan Sukan menegaskan bahawa silat bukan sekadar satu cabang sukan, malah berperanan penting dalam membentuk sahsiah, disiplin serta jati diri belia. Nilai-nilai murni yang diterapkan melalui silat diyakini mampu melahirkan generasi belia berpotensi, berintegriti dan bersedia memimpin negara pada masa hadapan.
Penganjuran kejuaraan ini turut menjadi platform memperkukuh perpaduan dalam kalangan pesilat serta mengangkat martabat silat sebagai khazanah warisan kebangsaan yang wajar dipelihara dan diperkasakan selaras aspirasi Malaysia MADANI.
#silatgayong
#teamjbsn
#TeamKBS
#jbsnk
