- JBS Kedah
- Hits: 20
LAWATAN RASMI YB MENTERI BELIA DAN SUKAN KE KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 20
29 Disember 2025, Alor Setar- Menteri Belia dan Sukan yang baharu, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari memilih Kedah sebagai destinasi pertama untuk mengadakan lawatan rasmi selepas perlantikan yang baru pada 17 Disember 2025.
Secara ringkasnya, amanat beliau memfokuskan kepada konsep “Inklusiviti dan Pemerkasaan Akar Umbi” bagi program yang melibatkan golongan belia di seluruh negara. Antara intipati yang lain adalah berkaitan dengan kebajikan dan perkembangan karier sebagai pegawai belia dan sukan, Beliau juga memastikan fasiliti sukan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan OKU.
Taklimat pengoperasian jabatan disampaikan oleh Puan Salwa binti Senawi Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda.
Lawatan rasmi turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendren a/l Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Encik Muazamil bin Jili, Pengarah Bahagian Pembangunan Potensi Rakan Muda yang mewakali Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara , Encik Lee Boon Ghee dan Pegawai khas Adun Sidam.
#MADANIBekerja
#teamkbs
