BANDAR BAHARU – 24 November 2024 – Telah berlangsungnya Program Plogging Komuniti Siri 4 Peringkat Daerah Bandar Baharu bertempat di Taman Rekreasi Batu Hampar.
Seramai 40 orang peserta mengikuti program ini yang dimulakan dengan sesi pemanasan badan seterusnya aktiviti kecergasan - berjalan sambil mengutip sampah (plogging) di sekitar laluan utama ke air terjun Batu Hampar. Peserta juga berpeluang mencuba aktiviti water abseiling yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Rekreasi Serdang.
Program ini bertujuan membudayakan gaya hidup cergas dalam diri masyarakat serta dapat menjaga kebersihan alam sekitar komuniti setempat.
Hadir menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta ialah Amir Syarifuddin Abdul Majid, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bandar Baharu dan Fariza Ghazalli, Pegawai Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
- JBS Kedah
- Hits: 142
