- JBS Kedah
- Hits: 50
PBSD PADANG TERAP HADIR KE KONVENSYEN KETUA PENERANGAN MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) PERINGKAT ZON UTARA.
- JBS Kedah
- Hits: 50
ALOR SETAR KEDAH, 17 NOVEMBER 2025 - Konvensyen Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) Peringkat Zon Utara telahpun diadakan dengan jayanya pada 15 dan 16 November 2025 (Sabtu & Ahad) bertempat di Komplkes Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar, Darul Aman disini.
Konvensyen Ketua-Ketua Penerangan MBM PERKASA PORT FOLIO Zon Utara berjaya mencetuskan aura baharu dalam dunia komunikasi belia apabila didedahkan kepada para peserta berkaitan:-
Penguasaan tools trendy seperti Canva & CapCut
Teknik menulis Prompter AI yang berkesan
Latihan amali Media Framing berimpak
Perkongsian strategik bersama DBP
Semua ini bagi memastikan belia dapat membina naratif belia yang segak, trendy dan berimpak tinggi.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
