Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman
Allahyarham Shahrul Izran bin Mat Isa
AL-FATEHAH
- JBS Kedah
- Hits: 136
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman
Allahyarham Shahrul Izran bin Mat Isa
AL-FATEHAH
Alor Setar, 18 Februari 2025 - Kunjungan hormat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ke atas Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, menjurus kepada perbincangan mengenai peruntukan menaik taraf kemudahan sukan dan membina kemudahan sukan baharu di bawah Rolling Plan ke Lima (RP-5), Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) Tahun 2025 khusus untuk negeri Kedah.
Sebanyak 25 permohonan telah diterima dan perbincangan ini adalah bagi memastikan kemudahan yang akan dinaik taraf dan dibina baharu adalah selari dengan aspirasi dan perancangan kerajaan negeri. Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak bersetuju supaya kemudahan yang akan dinaik taraf dan dibina baharu nanti akan ditentukan mengikut keutamaan dan justifikasi yang lengkap.
Sesi ini turut dihadiri oleh YB. Tuan Baddrol bin Bakhtiar, ADUN Gurun, Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah (Belia), Encik Mohd Redzuan Shafie, Penolong Jurutera, Encik Muhammad Afiq Faiz bin Mohd Ridzam Effendy, Penolong Pengarah, BPEN dan Encik Khairuddin bin Md Isa, Pegawai Khas Exco Belia dan Sukan.
13 Februari 2025, Alor Setar - Lumrah dunia, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Pertukaran dan Kenaikan Pangkat pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah :
Cik Nik Noor Azlihan Binti Nik Jamaludin, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.
Burung merpati terbang ke rawa,
Hinggap sebentar di hujung dahan,
Jika hati rindu dan setia,
Kelak bertemu di lain zaman.
Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat bakti tidak ternilai.
Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baru.
PADANG TERAP KEDAH, 03 DISEMBER 2024 – Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap telah turun membantu Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) Daerah Padang Terap pada 02 Disember 2024 (Isnin) yang lalu bertempat di Surau Kampung Semeliang, Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Antara kerja yang dilakukan adalah seperti mencuci rumah mangsa terkesan banjir dan surau Kampung Semeliang dan di Kampung Kuala Pai.
Turut bersama Kelab Rakan Muda (KRM) Padang Terap ialah Skuad Antidadah Dadah Padang Terap, AADK Daerah Padang Terap, JKPD, Sukarelawan Generasi Padang Terap dan penduduk kampung berkenaan.
Hadir bersama menyelaras aktiviti tersebut En. Muhammad Zaidan bin Zainuddin, Pengerusi Kelab Rakan Muda (KRM) Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 03 DISEMBER 2024 – Program Retreat Sukarelawan Belia dan Sukan 2.0 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah tahun 2024 telahpun pada 24 hingga 25 November 2024 yang lalu bertempat di Pulau Pinang.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah itu telah disertai seramai 80 orang peserta yang terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan Negeri dan Daerah.
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program tersebut adalah Explorace sekitar Padang Kota Lama yang telah dipecahkan kepada 6 kumpulan serta aktiviti Team Building yang dilaksanakan di Escape, Penang.
Seramai 4 orang pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap turut serta terlibat dalam program tersebut. Semangat kumpulan yang ditunjukkan telah mengeratkan lagi hubungan rakan sekerja antara satu sama lain.
Tahniah diucapkan diatas kejayaan pelaksanaan Program Retreat Sukarelawan Belia dan Sukan 2.0 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah tahun 2024.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 03 DISEMBER 2024 – Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap telah mengadakan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak pada 29 November 2024 yang lalu bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, Padang Terap, Kedah Darul Aman disini.
Hadir bersama menyelaras aktiviti tersebut En. Muhammad Zaidan bin Zainuddin, Pengerusi Kelab Rakan Muda (KRM) Padang Terap dan Cik Ummi Salima Binti Kasim@Kasmi, Timbalan Pengerusi Kelab Rakan Muda Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
PADANG TERAP KEDAH, 03 DISEMBER 2024 – Perjumpaan bersama ahli-ahli baru Kelab Kuala Nerang Running Club (KNRC) Daerah Padang Terap telahpun diadakan dengan jayanya pada 02 Disember 2024 (Isnin) yang lalu bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Bukit Gedung, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Kelab Kuala Nerang Running Club (KNRC) Daerah Padang Terap telah berjaya menarik minat serta menambah bilangan keahlian kelab tersebut dalam menjalankan aktiviti kecergasan khususnya larian.
Hadir bersama En. Mohd Zamri bin Abdullah, Presiden Kuala Nerang Running Club (KNRC) dan En Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia Sukan Daerah Padang Terap.
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
BANDAR BAHARU – 16 November 2024 – Kelab Sukan Rekreasi Serdang (KESURA) telah berjaya mengendalikan Program Wanita Waja Peringkat Negeri Kedah bertempat di Hutan Negeri Bukit Panchor, Pulau Pinang pada 15-16 November 2024.
Program ini diadakan seiring dengan hasrat memperkasakan pembangunan sukan dengan mengangkat Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Bumi dan Rakan Aktif berobjektifkan memupuk semangat waja dan aktif bersukan dalam kalangan wanita, terutamanya dalam aktiviti-aktiviti rekreasi serta mengekalkan gaya hidup cergas dan sihat
Seramai 44 orang peserta berjaya mengharungi cabaran mendaki Bukit Panchor setinggi 416m dan aktiviti penjelajahan menjejaki gua-gua dan alur sungai yang mencabar iaitu Gua Tongkat yang terkenal di sana. Peserta juga diberi peluang mencuba aktiviti Flying Fox yang dikendalikan oleh jurulatih dari KESURA sendiri.
Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh Shamsul Qamar Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu. Turut hadir bersama Mohd Shafizan Bakar, Pegawai Unit Pembangunan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Amir Syarifuddin Abdul Majid, Pengerusi KESURA.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 20 November 2024 – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Jalan Padang dan JPKKP Kampung Chelong dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Serdang (KRMBB) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu telah berjaya melaksanakan Program DIY Pembuatan Sabun bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Bandar Baharu.
Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini yang bertujuan memberi pengetahuan kepada peserta memahami kehendak diri dan membantu dalam urusan seharian terutamanya untuk peserta mempunyai masalah kulit.
Kursus yang dikendalikan oleh Suzimuliani Mat Radzi, terapis SPA dan Urutan ini turut mengajar dan mendedahkan bahan-bahan dan kandungan yang terbaik untuk penghasilan sabun yang berkualiti megikut jenis kulit peserta.
Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengersui JPKKP Kampung Chelong, Mohd Rashidi Abdul Hadi dan turut dihadiri oleh Fariza Ghazalli, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Bandar Bahru dan Norlia Zabidi, Penyelia PAWE Bandar Baharu.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 26-03-2026, 16:37:58