ALOR SETAR KEDAH, 21 November 2024 - Telah berlangsung Kem Bakat Para Renang Kebangsaan 2024 MSN/ PREPMA/ ALLIANZ pada 18 hingga 21 November 2024 di Kompleks Belia Dan Sukan negeri Kedah.
Kem ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta dari negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Diharapkan agar program ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dikalangan atlit para Renang untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Disediakan oleh : Hafizah Binti Japperi (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)
ALOR SETAR, 22 November 2024 - telah berlangsung program Fit Komuniti Jom Cergas Bersama Sempena 2 Tahun Kerajaan Madani bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Rimba. Seramai 100 orang peserta menyertai program tersebut.
Disediakan oleh : Hafizah Binti Japperi (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)
KUALA LUMPUR, 16 November 2024- Telah berlangsung Sesi Penyesuaian Gelanggang Pertandingan Aerobic Dance kategori Senior peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Pusat Beli Belah Datum Jelatek .
Kumpulan Aerostar telah mewakili Negeri Kedah bagi Kategori 18 tahun Keatas (Senior)
Disediakan oleh : Hafizah Binti Japperi (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)
Seremban, 12 November 2024 - Bertempat di Palm Hotel Negeri Sembilan telah selesai Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali- 1 2024 yang melibatkan seramai 89 orang penerima anugerah Tauliah Diploma serta Sijil Kemahiran Kerja Belia yang julung kalinya diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada golongan belia, Aktivis belia serta pekerja belia di seluruh Malaysia.
Penerima anugerah adalah dari kalangan penjawat awam dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, NGo’s serta individu persendirian. Profesion Kerja Belia bakal menjadi kerjaya yang mampu memacu kesejahteraan golongan belia negara.
Majlis ini turut diserikan dengan Simposium Profesionalisme Kerja Belia bersama pegawai-pegawai belia seluruh negara yang bertujuan mendapatkan resolusi dalam forum dan perbincangan meja bulat berkaitan hala tuju pekerja belia ke arah mendapatkan pengiktirafan terhadap kerja-kerja belia dalam membangunkan potensi belia secara berterusan.
Tahniah diucapkan kepada Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah iaitu Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman Timbalan Pengarah Sukan, Encik Zailan bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik dan Encik Danial Shamad Kesvan Abdullah yang dianugerahkan Pentauliahan Sijil Kemahiran Belia (SKM) Tahap 3. Syabas dan tahniah diucapkan.
Disediakan oleh : Nik Noor Azlihan Binti Nik Jamaludin (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah)