Kenyataan tawaran sebut harga JBSN Kedah
Tajuk Kerja : Kerja-Kerja Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah Darul Aman
- JBS Kedah
- Hits: 206
Kenyataan tawaran sebut harga JBSN Kedah
Tajuk Kerja : Kerja-Kerja Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Kedah Darul Aman
Kubang Pasu, 20 April 2025 - Karnival Pendidikan Pencegahan Dafah (PPDa) Peringkat Negeri Kedah 2025 telah berlangsung dengan jayanya di SK Jitra 3 Kubang Pasu dekat sini.
Pelbagai program disajikan antaranya Fun Walk, Pertandingan Mewarna, Pameran Anti Dadah, Pameran Agensi, Karnival Niaga dan bermacam lagi. Program ini dirasmikan oleh wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman yang turut melepaskan peserta-peserta Fun Walk di sebelah pagi.
Karnival ini disertai oleh 3 buah sekolah dan melibatkan 4 daerah di negeri Kedah dan jumlah keseluruhan peserta dianggarkan seramai 1000 orang. Program ini turut diceriakan oleh Ikon cilik Adik Sumaiyah dan Adik Haziq serta influencer terkenal Cikgu Ameera serta artis tempatan iaitu Fikri Ibrahim.
Semoga kerjasama ini terus utuh dalam membangunkan budaya sukan serta kesedaran pencegahan dadah dalam kalangan anak muda yang bakal menerajui negara satu hari nanti.
ALOR SETAR, 29 April 2025 - telah berlangsung Program Biggest Loser KBS peringkat Negeri Kedah bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah. Seramai 263 orang peserta yang hadir pada sesi timbangan pertama.
Program Biggest Loser Kedah berlangsung pada 29 April hingga 29 Ogos 2025 selama 4 bulan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (Wellness Hub Kota Setar), Majlis Sukan NegeriKedah, Sportage Nutrien Academy, Aspen Nurtition dan Yakult.
Tahniah kepada semua peserta.
Terus komited dan kekalkan gaya hidup aktif
Salam Malaysia Aktif
17 April 2025, Langkawi-Kemusnahan terumbu karang memberi impak yang besar terhadap ekosistem kehidupan marin dan manusia sejagat.
Justeru, usaha penanaman semula terumbu karang yang dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama- sama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi supaya dapt menjaga kelestarian alam
Pengarah JBS Kedah, Puan Noor Azma binti Deris turut bersama dalam menjayakan pemulihan semula terumbu karang.
ALOR SETAR, 15 April 2025 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama SPRM Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah. Program ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Tuan Shahrul Khuzaini bin Amiruddin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Masyarakat, mewakili Tuan pengarah SPRM yang menyampaikan ucapan inspirasi dan mengetuai inisiatif ini.
Bacaan Ikrar Bebas Rasuah telah diketuai oleh Puan Noor Azma Binti Deris, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Ikrar ini mencerminkan usaha bersama dalam memupuk budaya integriti, ketelusan, dan menolak amalan rasuah di semua peringkat.
Alor Setar , 9.4.2025 - Satu mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Le Tour De Langkawi (LTDL) Peringkat Negeri Kedah telah di adakan di Bilik Gerakan SUK Wisma Darul Aman dekat sini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah YBhg. Dato’Dr Nadzman bin Mustaffa dan diurusetiakan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Zulzuraidy bin Othman.
Antara pengisian dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan taklimat perjalanan dan laluan pertandingan yang melibatkan negeri Kedah yang dimulai di Pulau Lagenda Langkawi pada 28 September 2025 dan akan berakhir pada 5 Oktober 2025 di Kuala Lumpur.
Mesyuarat tersebut juga membangkitkan berkaitan hasil dapatan program LTDL yang lepas serta menerangkan berkaitan peranan-peranan Agensi-Agensi yang terlibat.
Keterlibatan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan agensi berkaitan adalah membantu MSN dalam penyelarasan di peringkat Negeri, memeriahkan dan menyelaras aktiviti belia dan sukan di lokasi pelepasan dan penamat serta menyelas program penanaman pokok Rakan Bumi : sempena tema “Beat The Heat”.Jabatan Belia dan Sukan diwakili oleh Encik Mohd Hanaffi bin A,Rahman Timbalan Pengarah Sukan.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman
Allahyarham Shahrul Izran bin Mat Isa
AL-FATEHAH
Alor Setar, 18 Februari 2025 - Kunjungan hormat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ke atas Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, menjurus kepada perbincangan mengenai peruntukan menaik taraf kemudahan sukan dan membina kemudahan sukan baharu di bawah Rolling Plan ke Lima (RP-5), Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) Tahun 2025 khusus untuk negeri Kedah.
Sebanyak 25 permohonan telah diterima dan perbincangan ini adalah bagi memastikan kemudahan yang akan dinaik taraf dan dibina baharu adalah selari dengan aspirasi dan perancangan kerajaan negeri. Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak bersetuju supaya kemudahan yang akan dinaik taraf dan dibina baharu nanti akan ditentukan mengikut keutamaan dan justifikasi yang lengkap.
Sesi ini turut dihadiri oleh YB. Tuan Baddrol bin Bakhtiar, ADUN Gurun, Encik Mohammad Suhaimi bin Md Saad, Timbalan Pengarah (Belia), Encik Mohd Redzuan Shafie, Penolong Jurutera, Encik Muhammad Afiq Faiz bin Mohd Ridzam Effendy, Penolong Pengarah, BPEN dan Encik Khairuddin bin Md Isa, Pegawai Khas Exco Belia dan Sukan.
13 Februari 2025, Alor Setar - Lumrah dunia, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Pertukaran dan Kenaikan Pangkat pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah :
Cik Nik Noor Azlihan Binti Nik Jamaludin, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.
Burung merpati terbang ke rawa,
Hinggap sebentar di hujung dahan,
Jika hati rindu dan setia,
Kelak bertemu di lain zaman.
Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat bakti tidak ternilai.
Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baru.
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah
Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 10:39:34